Skip to main content
RAMBUT

Tips mengurangkan rambut gugur

By 21 July 2022October 20th, 2022No Comments

Secara purata, sebanyak 50-100 helai rambut akan luruh setiap hari dan rambut akan gugur lebih banyak sewaktu kita membasuh rambut. Ini adalah normal bagi manusia baik lelaki mahupun wanita. Namun, keguguran rambut yang melebihi biasa boleh menyebabkan kebotakan, dan ini mengundang resah di dalam diri.

Jika anda ingin mengetahui sama ada rambut anda gugur lebih banyak atau tidak dari kebiasaan, cuba perhatikan jumlah rambut yang melekat pada bantal ketika bangun tidur. Atau ketika menyisir rambut, perhatikan jumlah rambut yang melekat di sisir rambut. Jika rambut yang gugur lebih banyak dari kebiasaan, tiba masanya untuk anda melakukan rawatan rambut.

Punca rambut gugur

Terdapat pelbagai punca keguguran seperti penyakit polycystic ovarian syndrome, alopecia (kebotakan), mengandung, menopause, pengambilan ubat-ubatan, tetapi yang sering menjadi punca adalah faktor keturunan, kekurangan nutrient, dan stress.

Jika keluarga anda mempunyai masalah rambut gugur, atau kebotakan, kebarangkalian untuk anda mempunyai masalah yang sama juga adalah tinggi.  Begitu juga jika anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang, rambut akan cepat gugur akibat kekurangan nutrisi penting untuk rambut.

Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan nutrient seperti vitamin A, vitamin E, vitamin D, kalsium, protein, zat besi adalah penting untuk mengembalikan kesihatan rambut. Jangan lupa untuk masukkan 9 makanan terbaik untuk mendapatkan rambut sihat ke dalam diet harian anda.

Juga amalkan pengurusan stress yang betul kerana stress boleh mengganggu hormon badan dan ini boleh menyebabkan rambut gugur.

 

Tips mengurangkan rambut gugur

  1. Pilih shampooyang betul untuk rambut anda, dan shampoo rambut 3 kali seminggu. Tidak digalakkan untuk membasuh rambut setiap hari untuk mengelakkan rambut luruh lebih banyak. Anda boleh mencuba shampoo santan yang sangat baik untuk membantu mengurangkan rambut luruh.
  2. Pakai hair conditioneruntuk membantu untuk merawat rambut kusut dan melembutkan rambut.
  3. Amalkan pemakanan seimbanguntuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan rambut dari dalam.
  4. Amalkan pengurusan stress yang betul. Bersenam merupakan salah satu cara terbaik untuk menurunkan stress.
  5. Elakkan menggunakan blow dryeruntuk mengeringkan rambut. Juga elakkan dari menggunakan hair straightener. Haba yang terlampau panas boleh merosakkan struktur rambut, dan membuatkan rambut kasar. Biarkan rambut yang basah kering dengan sendiri.
  6. Juga elakkan mandi dengan air panas. Suhu air yang tinggi boleh merosakkan struktur rambut.
  7. Kurangkan penggunaan produk rambutyang mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan rambut. Sebaliknya, gunakan produk berasaskan sumber semulajadi.
  8. Jangan menyisir rambutketika rambut masih basah. Rambut yang basah sangat mudah gugur. Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum menyisir kemas.
  9. Elakkan juga mengikat rambut terlalu ketat. Lebih baik jika anda biarkan rambut anda mengurai.
  10. Bagi wanita bertudung, pastikan anak tudung dan tudungsentiasa bersih dari segala kekotoran yang boleh merosakkan rambut.  Juga pilih fabrik tudung yang sesuai untuk rambut, supaya rambut dapat bernafas ketika anda memakai tudung dalam tempoh yang lama.
  11. Lakukan urutanpada kepala untuk membantu melancarkan perjalanan darah pada kulit kepala. Terdapat kajian dari Jepun dilakukan pada lelaki yang mengalami kebotakan yang menunjukkan urutan pada kepala selama 4 minit sehari menambah ketebalan rambut [1].

 

Tips melebatkan rambut secara alami

 

Selain mengamalkan diet seimbang, anda boleh mencuba 5 minyak dari sumber semulajadi yang sangat baik untuk menguatkan rambut. Minyak seperti minyak argan, dan minyak kelapa adalah kaya dengan nutrisi penting untuk rambut. Penggunaan secara berkala boleh membantu menguatkan rambut dari dalam.

 

inai rambut

Antara tips mengurangkan rambut gugur secara alam adalah dengan menggunakan daun inai yang terkenal untuk menguatkan rambut dari akar. Daun inai sememangnya digunakan secara tradisional untuk merawat keguguran rambut dan juga kelemumur. Caranya, tumbuk daun inai sehingga lumat, dan sapu pada rambut hingga ke kulit kepala. Jika anda inginkan produk siap tanpa perlu bersusah payah untuk menumbuk daun inai, dapatkan saja produk Inai rambut daun asli Inaidamia yang dibancuh menggunakan air limau, air teh dan minyak argan.

 

Selain dari daun inai, anda boleh gunakan santan untuk merawat rambut yang mudah luruh. Caranya, ambil santan dan campur beberapa sudu air limau dan lumurkan pada rambut. Biarkan selama 30 minit dan cuci rambut.

 

Terdapat sebuah kajian yang dilakukan ke atas kesan jus bawang dalam melebatkan rambut [2]. Kajian tersebut menunjukkan jus bawang berupaya menggalakkan pertumbuhan rambut pada lelaki yang mengalami kebotakan. Caranya, kisarkan bawang bersama sedikit air dan tapis bawang yang telah dikisar. Ambil jus bawang tersebut dan basahkan rambut. Lakukan 2 kali sehari. Kajian ini dilakukan selama 2 bulan untuk melihat hasilnya. Cubalah!

 

Selain dari bawang, aloe vera juga dapat melindungi rambut dari kerosakan UV yang boleh menyebabkan rambut rapuh dan gugur [3]. Caranya, potong dan ambil isi aloe vera dan kisar. Tapiskan jus aloe vera dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 – 45 minit dan cuci rambut.

 

Rujukan:

  1. Koyama, T., Kobayashi, K., Hama, T., Murakami, K. and Ogawa, R., 2016. Standardized scalp massage results in increased hair thickness by inducing stretching forces to dermal papilla cells in the subcutaneous tissue. Eplasty16.
  2. Sharquie, K.E. and Al‐Obaidi, H.K., 2002. Onion juice (Allium cepa L.), a new topical treatment for alopecia areata. The Journal of dermatology29(6), pp.343-346.
  3. Daud, F.S. and Kulkarni, S.B., 2011. Comparative evaluation of photo-protective effect of Aloe vera Tourn. ex Linn. on UV damage in different Asian hair types.