Skip to main content
RAMBUT

Punca kelemumur dan cara mengawal kelemumur

By 21 July 2022October 20th, 2022No Comments

Kelemumur adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan penghasilan sel kulit mati yang terlalu banyak. Kelemumur menyebabkan kegatalan kulit kepala, dan sel kulit kepala yang mati menghasilkan kuping-kuping putih. Kelemumur yang banyak dan tidak terkawal menyebabkan gangguan emosi dan rasa rendah diri.

 

Punca kelemumur

Kelemumur terjadi disebabkan faktor-faktor berikut

  • Kulit kepala kering
  • Kulit kepala berminyak
  • Jangkitan fungus Malassezia
  • Iritasi kulit kepala
  • Tidak menjaga kebersihan kulit kepala

Fungus malassezia adalah sejenis normal flora yang sering dijumpai pada kulit yang sihat. Namun, pada kulit kepala yang mempunyai kelemumur, fungus malassezia membiak dengan banyak. Fungus malassezia memerlukan sebum yang banyak terdapat pada kulit kepala untuk mendapatkan sumber nutrient untuk hidup. Jadi penghasilan sebum yang banyak pada kulit kepala menyebabkan fungus malassezia membiak dengan cepat, dan ini menyumbang kepada terjadinya kelemumur.

 

Kepingan sel kulit mati pada bahu.

 

Rawatan kelemumur

Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan shampoo yang mengandungi bahan-bahan seperti zinc pyrithione, ketoconazole,  dan selenium sulfide. Bahan-bahan ini merupakan anti-fungus yang bertindak mengawal pembiakan fungus yang menyebabkan kelemumur.

 

Petua menghilangkan kelemumur

Pemakanan seimbang yang penuh nutrient seperti omega-3, vitamin A, B, C, dan E, zat besi, zink, dan protein adalah penting untuk kesihatan kulit kepala. Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak dari sumber semulajadi seperti minyak argan, minyak kelapa, dan minyak jojoba untuk membantu menguatkan dan menyihatkan rambut.

Selain itu, terdapat beberapa bahan dari sumber semulajadi yang mampu mengurangkan kelemumur seperti serai, minyak tea tree, dan daun inai.

 

Serai adalah tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa serai mampu mengurangkan kelemumur. Ini berdasarkan hasil kajian yang dilakukan ke atas  minyak serai yang menunjukkan kesan anti-fungus. Penambahan minyak serai ke dalam shampoo juga menunjukkan keupayaan untuk mengawal pembiakan fungus malassezia [2].

 

Minyak tea tree atau minyak melaleuca juga boleh digunakan untuk mengurangkan kelemumur. Minyak tea tree mempunyai kesan anti-fungus yang berupaya mengawal pembiakan fungus malassezia [3]. Sebuah kajian yang membandingkan beberapa jenis shampoo yang berada dipasaran, menunjukkan shampoo Himalaya Herbal yang mengandungi minyak tea tree berkesan untuk menghalang pembiakan fungus malassezia seterusnya mengawal kelemumur [4].

 

inai rambut

Daun inai digunakan secara tradisional untuk menyihatkan rambut, dan melebatkan rambut. Daun inai juga digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Kajian saintifik menunjukkan ekstrak daun inai berkesan untuk menghalang pembiakan fungus malassezia[5]. Inai rambut Inaidamia adalah produk inai rambut yang dicampur dengan minyak argan, siap dibancuh dengan menggunakan air limau dan air teh. Inai rambut Inaidamia adalah halal, dan selamat digunakan untuk setiap peringkat umur.

Rujukan:

  1. Turner, G.A., Hoptroff, M. and Harding, C.R., 2012. Stratum corneum dysfunction in dandruff. International journal of cosmetic science34(4), pp.298-306.
  2. Wuthi-udomlert, M., Chotipatoomwan, P., Panyadee, S. and Gritsanapan, W., 2011. Inhibitory effect of formulated lemongrass shampoo on malassezia furfur: a yeast associated with dandruff. Southeast Asian Journal of Tropical Medicineand Public Health42(2), p.363.
  3. Satchell, A.C., Saurajen, A., Bell, C. and Barnetson, R.S., 2002. Treatment of dandruff with 5% tea tree oil shampoo. Journal of the American Academy of Dermatology47(6), pp.852-855.
  4. Zoya, M., Bhikhu, M. and Gaurav, S., 2016. Anti-dandruff activity of synthetic and herbal shampoos on dandruff causing isolate: Malassezia. Int J Appl Res2, pp.80-5.
  5. Deviha, M.S. and Pavithram, K.S., 2015. Antifungal activity by ethanolic extracts of medicinal plants against Malasseziafurfur: A potential application in the treatment of Dandruff. Int J Pharmtech Res8(3), pp.440-444.