TENTANG KAMI

Inaidamia Sdn. Bhd.

Syarikat Inaidamia Sdn. Bhd (1319109-U) telah diasaskan oleh Puan Noor Hazlinda Ridzuan, seorang suri rumah sepenuh masa, pada bulan Jun 2016 dengan modal permulaan hanya RM500.

SUMBER ALAM SEMULAJADI

Berpengkalan di Pulau Pinang, Inaidamia membawakan produk berasaskan Daun Inai (Henna) di mana keunikan (USP) yang dibawakan oleh Inaidamia adalah memasarkan produk berasaskan Inai Asli dari sumber alam semulajadi tanpa pewarna terlarang, suci untuk ibadah khusus kepada pengguna beragama Islam, serta selamat dipakai tanpa kesan sampingan.

INAI ASLI

Idea untuk mengkomersialkan Inai Asli ini tercetus selepas pengasas Inaidamia sendiri mempunyai pengalaman bermula sebagai seorang Dropshipper hingga menjadi Ejen untuk satu produk Inai segera (“Instant Henna”). Maka tertubuhlah Inaidamia bagi membawa kebaikan Inai Asli secara lebih meluas.

"MARKET LEADER"

Sehingga kini, Inaidamia telah memasuki pasaran Singapura selepas Malaysia. Rentetan ini juga, kami mengambil peluang ini untuk membawa produk ni lebih jauh memandangkan misi Inaidamia untuk menjadi ‘Market Leader’ bagi produk Inai Asli bagi pasaran serantau.

“To help women embrace confidence in their lifestyle in natural ways.”

VISI

Menjadi produk pilihan utama pelanggan dalam industri disamping produk yang terhasil adalah mesra pengguna.

MISI

Menjadi Jenama utama pilihan wanita bagi produk kecantikan dan penjagaan diri berasaskan Inai Asli dan Sumber alam semulajadi, selamat dan mengikut kehendak syariat Islam.

Objektif Inaidamia