Skip to main content
RAMBUT

5 minyak rambut terbaik dari sumber semulajadi

By 21 July 2022October 20th, 2022No Comments

Untuk rambut kekal sihat, rambut perlu mengekalkan kelembapan dan nutrisi. Namun rambut sering terdedah kepada kerosakan akibat dari alam sekitar, penggunaan bahan pewarna rambut yang tidak bersumberkan alam semulajadi, penggunaan hair straighterner dan lain-lain.

Terapi alam semulajadi adalah sumber terbaik untuk merawat rambut. Minyak rambut telah digunakan sejak zaman berzaman untuk menyihatkan rambut dan menyuburkan rambut. Tahukah anda, minyak yang dihasilkan dari sumber alam semulajadi seperti minyak kelapa dan minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin dan mineral semulajadi yang sangat baik untuk pertumbuhan dan mengekalkan kelembapan rambut.

Untuk anda yang inginkan rawatan rambut dengan menggunakan sumber alam semulajadi, boleh cuba 5 minyak rambut yang disenaraikan ya!

Minyak argan

Minyak argan dihasilkan dari bijian pokok argan yang banyak terdapat di Morocco. Kaya dengan vitamin E, dan anti-oksida, minyak argan dapat melindungi rambut dari kerosakan sinar UV, melembutkan rambut, dan menguatkan rambut dari dalam.

Minyak argan tidak melekit, sesuai digunakan beberapa kali dalam seminggu. Ambil beberapa titis minyak argan dan sapukan pada rambut. Minyak argan sangat sesuai digunakan untuk rambut kering akibat penggunaan perwarna rambut.

 

Minyak zaitun

\

Minyak zaitun dihasilkan dari buah zaitun seringkali digunakan untuk memasak. Tetapi minyak zaitun yang mengandungi vitamin E dan vitamin K adalah sumber yang tidak ternilai untuk kesihatan rambut. Vitamin E dan Vitamin K yang terdapat dalam minyak zaitun dapat melawan radikal bebas yang boleh merosakkan struktur rambut.

Minyak zaitun adalah dikategorikan sebagai ‘monosaturated fat’, dan rambut mempunyai kemampuan untuk menyerap minyak dari kategori ini. Apabila minyak zaitun disapu pada rambut, minyak zaitun akan diserap ke dalam rambut dan membantu mengekalkan kelembapan rambut. Jadi, minyak zaitun sering ditambah ke dalam produk conditioner.

Minyak zaitun juga mampu menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit. Hanya ambil beberapa titis minyak zaitun dan sapukan ke atas kulit kepala dan biarkan 20 minit sebelum dicuci menggunakan shampoo.

 

Minyak kelapa

Seperti minyak zaitun, minyak kelapa juga sering digunakan dalam masakan dan dalam rawatan rambut. Minyak kelapa sememangnya digunakan oleh ibu kita sejak zaman berzaman untuk merawat rambut. Vitamin E yang terdapat dalam minyak kelapa membantu melawan kerosakan rambut akibat radikal bebas.

Minyak kepala mudah diserap ke dalam rambut dan membantu mengekalkan kelembapan. Minyak kelapa sesuai digunakan pada semua jenis rambut terutamanya rambut yang kering, dan kusam. Minyak kelapa juga berupaya untuk menghilangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Untuk menggunakan minyak kelapa hanya perlu panaskan sesudu minyak kelapa, sapu ke atas kulit kepala, dan urut lembut. Biarkan 10-20 minit dan bilas bersih.

 

Minyak jojoba

Minyak jojoba dihasilkan dari bijian pokok jojoba yang banyak terdapat di USA. Minyak jojoba tidak membuatkan liang roma tersumbat dan menyebabkan pengumpulan minyak, oleh itu minyak jojoba amat sesuai untuk kulit kepala yang kering ataupun berminyak.

Minyak jojoba kaya dengan vitamin A, D, dan E, yang sangat baik untuk melembapkan kulit kepala dan rambut, menghilangkan kelemumur, mengurangkan iritasi kulit, dan mengurangkan penghasilan sebum. Minyak jojoba juga membantu mengekalkan warna rambut semulajadi supaya sentiasa kekal hitam bersinar.

Minyak jojoba boleh digunakan bersama shampoo dan conditioner ataupun disapu begitu sahaja ke atas kulit kepala dan rambut.

 

Minyak castor

Minyak castor dihasilkan dari kekacang castor, merupakan minyak yang tidak berwarna. Minyak castor banyak digunakan dalam pembuatan produk farmasutikal, sabun, kosmetik, pewarna, parfum, dan lain-lain.

Minyak castor mengandungi omega-6, omega-9, dan vitamin E dan juga ricinoleic acid yang berupaya untuk mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi kulit dan rambut dari kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari dan radikal bebas. Minyak castor juga mempunyai kesan anti-fungus dan anti-inflamasi yang berupaya menghilangkan kulat dan iritasi kulit.

Minyak castor boleh disapukan pada kulit kepala untuk menghilangkan kelemumur dan mengurangkan rambut gugur. Anda hanya perlu titiskan sedikit minyak castor pada kulit kepala dan urut perlahan. Biarkan 2 jam sebelum mencuci rambut. Tetapi jika anda merasakan minyak castor terlampau likat, anda boleh mencampurkan minyak castor bersama dengan minyak lain seperti minyak jojoba, atau minyak argan sebelum disapu pada rambut.