Skip to main content
TIPS KECANTIKAN

Tips penjagaan ketiak

By 21 July 2022No Comments

Tidak sempurnalah penampilan seseorang sekiranya ketiak tidak dijaga dengan baik. Tanpa penjagaan ketiak yang baik, badan akan mudah berbau, ini akan memberi impak kepada keyakinan diri. Ketiak juga akan menjadi hitam, merembeskan peluh yang banyak, kulit menjadi berbiji dan tidak sekata.

Susah ke nak jaga ketiak supaya bebas masalah tu? Jom ikuti tips penjagaan ketiak kat bawah ni.

 

Scrub

Korang scrub ketiak korang 1 kali seminggu je dah cukup. Guna scrub badan tau. Seperti mana kita tahu kalau nak tanggalkan atau exfoliate sel-sel kulit mati, kita kena scrub. Apa yang best tentang scrub ni ialah biji-biji yang halus dalam scrub tu akan membantu melancarkan peredaran darah dalam badan kita!

Pilih scrub yang teksturnya lembut supaya ketiak korang tak jadi kering. Cara nak scrub ialah korang terus apply scrub tu dekat ketiak korang tanpa basahkan ketiak.

“Nak scrub berapa minit tu sis?” haa, scrublah sampai korang betul-betul puas hati!

 

Sapu brightening body cream

Selepas mandi pulak, pakai brightening body cream di ketiak. Yang ni korang kena konsisten setiap hari tau! Tips pilih brightening body cream mesti kena ada bahan-bahan seperti jojoba oil, asid kojik, vitamin C dan ekstrak aloe vera. Bahan-bahan ini semua sangatlah membantu mencerahkan ketiak anda!

 

Waxing

Elakkan dari mencukur kerana cukur ni boleh menjadikan ketiak lebih hitam dan bulu lebih cepat tumbuh dan kasar. Kaedah waxing akan membuang bulu dari akar. Ini akan menyebabkan bulu mengambil masa untuk tumbuh.

 

Deodorant

Tips paling penting adalah pemakaian dedorant supaya ketiak tidak berbau. Tips pilih dedorant yang paling terbaik adalah deodorant yang mempunyai bahan-bahan seperti niacinamide, kojic asid, ascorbic asid, vitamin e dan jojoba oil.

Tekstur deodorant juga memainkan peranan yang penting. Sesetengah individu lebih sesuai menggunakan deodorant spray, dan ada juga yang lebih sesuai dengan roll-on. Jadi, jangan takut mencuba sehingga korang dapat cari deodorant yang sesuai untuk korang ya!

 

Exfoliating towel

 

Ini tips baru! Exfoliating towel ni diinovasikan dari korea yang boleh menyental kulit kita dapat menanggalkan kotoran degil di kulit kita. Korang boleh dapatkan towel ni di shopee atau daiso je!

Cara nak guna memang senang! Lepas sudah sabun dan kulit kita sudah dibilas dengan air sental kulit dengan tuala ni. Korang akan tengok habis daki korang keluar. Pastikan bilas dengan air panas tau sebab ianya akan membuka liang pori di badan-badan kita. Selepas korang sental sepuas hati bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang-liang pori.

 

Jangan lupa jaga ketiak macam jaga muka korang!