Skip to main content
TIPS KECANTIKAN

Tips penjagaan bibir merekah

By 21 July 2022No Comments

Bibir anda kerap merekah sampai berdarah-darah? Jom ikuti tips penjagaan bibir merekah dibawah!

Faktor bibir merekah

Bibir adalah salah satu aset kecantikan terutamanya kepada wanita. Penting untuk kita tahu bagaimana untuk mengekalkan kelembapan bibir kerana keadaan bibir yang kering dan merekah akan menyebabkan ketidakselesaan kepada individu yang mengalami masalah tersebut.

Antara faktor bibir merekah:

  1. Tidak bersihkan kesan gincu dengan betul
  2. Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk
  3. Badan tidak cukup air
  4. Bahan-bahan gincu yang tidak sesuai

 

Tips penjagaan bibir merekah

Bersihkan kesan gincu dengan betul

Rata-rata wanita suka memakai gincu yang bersifat matte kerana tekstur yang ringan dan tidak mudah tanggal dari bibir. Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui cara bersihkan kesan gincu dengan tepat. Hal ini akan menyebabkan bibir mereka akan merekah dan pecah.

Antara bahan yang boleh digunakan untuk membersihkan kesan gincu ialah pembersih muka yang berasaskan dari minyak . Dengan kata lainnya ialah oil-cleansing atau makeup remover. Anda boleh dapatkan pembersih muka tersebut di Watsons atau Guardian yang berdekatan.

 

Minum Air yang secukupnya

Untuk mengekalkan badan terhidrasi anda perlu minum air dengan secukupnya mengikut kuantiti yang diperlukan oleh badan anda. Dan jangan minum air lebih dari yang diperlukan badan kerana ia akan mengakibatkan buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.

Antara simptom-simptom dehidrasi yang lain juga adalah merasa dahaga, pening kepala, dan mulut menjadi kering.

 

Scrubkan bibir anda

Disarankan untuk scrub bibir anda 2-3 kali seminggu.  Bukan muka je tau kena scrub! Tujuan scrub ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit yang mati pada bibir selain daripada menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru pada bibir. Caranya mudah sahaja,  anda perlu gosok perlahan dan buat urutan perlahan pada bibir sehingga sel kulit mati tertanggal dengan bersih. Anda boleh dapatkan lipscrub di mana-mana ataupun nak buat sendiri pun boleh!

 

Jangan menjilat bibir dan tanggalkan kulit mati pada bibir

Kebiasaan kita akan menjilat bibir ketika bibir kering. Akan tetapi kebanyakan dari kita tidak mengetahui kesan buruk darinya. Bibir yang kering akan bertambah kering jika dijilat kerana air liur mengandungi enzim pencernaan seperti amylase dan maltase yang akan merosakkan kulit bibir dan menyebabkan bibir merekah.

 

Amalkan penggunaan lipbalm

Lipbalm sangat membantu dalam melembapkan bibir anda. Disarankan untuk mencari lipbalm yang mengandungi beberapa bahan yang sangat efektif iaitu petroleum, lanolin, shea butter, beeswax, vitamin E, dan ceramide.

Guna bahan semulajadi sebagai lipbalm

Tiada lipbalm untuk melindungi bibir? Paling mudah guna sahaja apa yang ada di rumah anda seperti madu, timun, lidah buaya, minyak kelapa dan teh hijau. Madu, lidah buaya dan minyak kelapa membantu mencegah jangkitan disamping melembapkan dan menenangkan kulit di bibir.