Skip to main content
RAMBUT

Resepi perapi rambut dengan menggunakan bahan-bahan didapur

By 6 December 2022No Comments

Perapi rambut sering digunakan selepas rambut dicuci dengan syampu, untuk melembutkan rambut dan mengelakkan rambut dari kekusutan.

Kebanyakan syampu menggunakan bahan kimia yang boleh merosakkan folikel rambut dan memyebabkan rambut menjadi kering, kusam dan sukar untuk digayakan. Perapi rambut mempunyai lemak alkohol, protein, humektan, dan minyak untuk menjadikan rambut lembut, lebih mudah diurus, fleksibel, dan mengelakkan rambut dari bercabang.

Terdapat pelbagai jenis perapi rambut dipasaran, namun anda juga boleh menghasilkan perapi rambut dengan hanya menggunakan bahan-bahan didapur.

DIY perapi rambut

  • Perapi rambut avokado –  Ambil sebiji avocado dan lenyetkan isinya. Tambah 2 sudu makan minyak zaitun bersama 2 sudu makan madu. Kacau sehingga sebati dan sapu pada rambut. Biarkan pada rambut selama 30 – 45 minit, dan bilas rambut.
  • Perapi rambut cuka epal – Campurkan 2 sudu makan cuka epal dan secawan air dan kacau sehingga sebati. Tuangkan ke atas kepala, dan urut kulit kepala perlahan-lahan. Pastikan campuran cuka epal mengenai keseluruhan rambut. Biarkan beberapa minit, dan bilas rambut sehingga bersih.
  • Perapi rambut telurPukul dua biji telur dan tambah sesudu cuka dan dua sudu teh jus lemon dan kacau sebati. Tambah satu  setengah sudu teh minyak zaitun dan sesudu madu dan kacau sebati. Sapukan pes pada hujung rambut anda dan biarkan selama 10-15 minit dan bilas sehingga bersih.  Telur bertindak sebagai perapi yang berkesan untuk menambahkan kilauan pada rambut anda. Minyak zaitun pula dapat membuatkan rambut anda lebih kuat. Madu membantu mengekalkan rambut anda dari terhidrat dan cuka membantu merawat keguguran rambut.
  • Perapi rambut minyak kelapa dan madu – Campurkan sesudu minyak kelapa, sesudu madu, sesudu jus lemon, dan dua sudu dadih  Kacau sehingga sebati dan sapukan pada rambut anda yang telah disyampu. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air. Minyak kelapa bukan sahaja membuatkan rambut ansa licin dan lembut, tetapi juga membantu dalam menjadikan rambut anda tumbuh lebih panjang dan lebih tebal.

 

  • Perapi rambut yogurt – Campurkan sebiji telur bersama enam sudu yogurt dan gaul sebati. Sapukan campuran yogurt ke atas rambut dan biarkan selama 15-30 minit sebelum anda membilas rambut dengan air sehingga bersih. Kandungan protein dan asid laktik yang terdapat dalam yogurt dapat membantu membersihkan kulit kepala dan melembutkan rambut anda.
  • Perapi rambut aloe vera – Campurkan empat sudu aloe vera dan sesudu jus lemon dan kacau sebati. Sapukan pada rambut dan biarkan selama lima minit dan bilas dengan air suam. Aloe vera dikatakan merangsang pertumbuhan rambut dan juga memulihkan keseimbangan pH rambut.

Klik sini untuk dapatkan tips untuk dapatkan kulit kepala yang sihat.