Skip to main content
RAMBUT

Khasiat telur untuk rambut

By 13 October 2022October 28th, 2022No Comments

Telur ialah makanan bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk kesihatan manusia. Kuning telur sangat padat dengan nutrien seperti biotin, vitamin A, D, E, K, folat, dan lesitin. Manakala putih telur juga mengandungi selenium, kalsium, magnesium, kalium dan fosforus. Kesemua ini adalah sangat baik untuk kesihatan badan dan rambut.

  • Protein – merawat keguguran rambut.
  • Kalsium dan magnesium – merawat rambut rosak
  • Vitamin B kompleks – menguatkan akar rambut
  • Biotin – merangsang pertumbuhan keratin rambut

 

Kuning telur mempunyai lemak semula jadi yang mampu melembapkan rambut. Putih telur pula mengandungi enzim yang boleh mencerna bakteria, untuk memastikan kulit kepala segar dan bersih, dan juga menghilangkan minyak. Anda tidak perlu mengasingkan putih telur dan kuning telur kerana kedua-duanya adalah sangat baik untuk rambut.

 

Telur boleh dicampur dengan serbuk inai untuk digunakan sebagai masker rambut. Campuran inai dan telur sangat baik untuk memperbaiki rambut rosak, kelemumur, dan kegatalan kulit kepala.

 

Selain itu telur juga boleh dicampur dengan aloe vera untuk menguatkan dan menambah keanjalan rambut. Hanya tambahkan 2 butir telur dan 3 sudu aleo vera, gaulkan sebati dan sapu ke atas rambut. Biarkan 30 minit dan bilas rambut sehingga bersih.

 

Telur juga boleh dicampur dengan minyak castor untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Caranya ambil 2 butir telur dan pukul rata dan campurkan 1 sudu minyak castor. Sapukan ke atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama sejam dan bilas rambut sehingga bersih.

 

Klik sini untuk mengetahui cara mengurangkan kelemumur.