Skip to main content
RAMBUT

Herba untuk rambut yang sihat

By 9 November 2022No Comments

rambut

Herba adalah salah satu dari sumber alam semulajadi yang memberikan banyak manfaat kesihatan dan kecantikan kepada manusia. Salah satu manfaat herba kepada manusia adalah dapat membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar. Malah penggunaan herba kini makin mendapat tempat dikalangan pengguna, menyebabkan pelbagai produk herba semakin banyak dipasarkan.

Herba untuk rambut

Terdapat pelbagai jenis herba yang boleh digunakan untuk merawat masalah rambut. Shikakai, amla, bunga raya, daun inai, dan aloe vera, adalah antara herba yang sering secara tradisional untuk menyihatkan rambut.

Shikakai

shikakai

Acacia concinna atau lebih dikenali dengan nama shikakai adalah herba ayurveda yang digunakan secara tradisional untuk merawat masalah rambut. Shikakai boleh dijumpai di negara-negara asia seperti India, China, Malaysia, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, dan Thailand.

Shikakai digunakan secara tradisional sebagai shampoo rambut disebabkan sifatnya yang mempunyai saponin yang boleh menghasilkan buih. Shikakai juga mempunyai pH yang rendah, dan tidak menghilangkan minyak semulajadi pada rambut. Disamping itu, shikakai juga mengandungi vitamin A, C, D, E dan K, dan juga bersifat anti-fungus, serta anti-bakteria.

Shikakai boleh membersihkan kulit kepala dan rambut dari kekotoran dan minyak berlebihan. Sifat anti-fungus yang terdapat dalam shikakai dapat mengurangkan kelemumur. Selain itu, shikakai juga dapat menguatkan akar rambut, dan membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar.

Shikakai boleh digunakan sebanyak 1-2 kali seminggu pada rambut. Tidak digalakkan untuk menggunakan shikakai terlalu kerap kerana shikakai boleh menyebabkan rambut berminyak.

 

Amla

amla

 

Phyllanthus emblica atau amla tumbuh dengan banyak di Asia selatan seperti India, Bangladesh, dan Pakistan. Amla kaya dengan vitamin A, vitamin C, kalsium, karbohidrat, magnesium, karotin, asid amino, zat besi, fosforus, tannin, dan asid linolik yang sangat baik untuk kesihatan.

Secara tradisional, amla digunakan dalam bahan masakan, dijadikan paste, tonik, dan minyak untuk merawat penyakit dan menguatkan sistem pertahanan badan. Minyak amla sangat mudah dibuat, iaitu dengan mencampurkan paste amla yang telah dikisar halus dengan minyak kelapa dan ditumis sehingga kekuningan.

Minyak amla boleh disapu terus ke permukaan rambut dan kulit kepala. Minyak amla sangat baik untuk pertumbuhan rambut, menguatkan akar rambut, menghilangkan kelemumur, mengurangkan rambut gugur, menggalakkan pertumbuhan rambut pada mereka yang mengalami masalah kebotakan, menghilangkan kutu rambut, dan membuatkan rambut lebih bersinar.

 

Bunga raya

bunga raya

Terdapat beberapa ratus jenis bunga raya yang boleh ditemui di banyak negara termasuk Malaysia, Jepun, China, India, Hawaii, Indonesia, Singapura, Thailand, dan Sri Lanka. Bunga raya bukan hanya berwarna merah, tetapi juga mempunyai putih, kuning, pink, ungu, hitam, biru, dan oren.

Bunga raya kaya dengan vitamin C, flavanoid, asid amino, dan anti-oksidan yang sangat baik untuk pertumbuhan rambut. Bunga raya boleh digunakan sebagai shampoo, minyak rambut, atau masker rambut atau dicampur bersama herba-herba lain dan disapu pada rambut.

Antara khasiat bunga raya untuk rambut:

  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Menguatkan akar rambut
  • Digunakan sebagai conditioner untuk melembutkan rambut
  • Melambatkan pertumbuhan uban
  • Menghilangkan kelemumur
  • Mengawal penghasilan sebum pada kulit kepala

 

Aloe vera

 

Aloe vera adalah tumbuhan yang sering digunakan dalam kosmetik, farmasiutikal, dan makanan kerana khasiatnya yang sangat banyak untuk kesihatan dan kecantikan manusia. Aloe vera banyak ditanam diseluruh dunia termasuklah Malaysia, China, Sudan, Sepanyol, India, dan Afrika Selatan.

Aloe vera kaya dengan pelbagai jenis vitamin termasuklah vitamin A, B, C, E, kalsium, magnesium, selenium, asid amino, asid folik, zink, zat besi, polyphenol,enzim, asid salisilik, dan saponin. Beratus kajian saintifik telah dibuat untuk menguji kesan aloe vera ke atas pelbagai penyakit, kosmetik, dan kesihatan manusia.

Kajian dilakukan ke atas aloe vera untuk penyakit seborrheic dermatitis (SD iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan ruam merah merah jambu dan berkerak, dan bersisik putih kekuningan pada permukaan kulit terutamanya pada kulit muka dan kulit kepala menunjukkan pengurangan kegatalan kulit, dan sisik putih kekuningan pada permukaan kulit.

Untuk rambut pula, aloe vera boleh mengurangkan kegatalan kulit kepala, mengurangkan rambut gugur, menguatkan akar rambut, merawat rambut yang rosak, melembapkan rambut, membersihkan kulit kepala, dan menghilangkan kelemumur.

Klink sini untuk mengetahui tips mendapatkan kulit kepala yang sihat.