Gambir adalah antara bahan yang dikatakan mampu menaikkan warna inai. Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir banyak ditemui di Malaysia dan Indonesia telah digunakan secara tradisi untuk merawat pelbagai kesakitan seperti sakit perut, sakit kepala, cirit birit, batuk, obesiti, dan sakit gigi.
Fitokimia gambir menunjukkan gambir kaya dengan flavanoid, alkaloid, saponin, tannin, terpenoid, karbohidrat, dan protein. Gambir juga mempunyai sifat anti-oksida, anti-bakteria, anti-fungus, dan boleh mengurangkan keradangan.
Gambir dan inai
Dalam amalan tradisi masyarakat melayu, gambir dikatakan boleh membuatkan warna inai lebih gelap apabila dicampurkan bersama. Jadi, Inaidamia melakukan ujikaji untuk melihat keberkesanan gambir untuk membuatkan warna inai bertambah gelap.
Bahan yang digunakan:
- Daun inai
- 2 cm gambir
- Limau nipis
- Lesung batu
Cara-caranya:
Masukkan daun inai ke dalam lesung, perahkan air limau nipis.
Tumbuk daun inai sehingga lumat.
Campurkan gambir dan tumbuk sehingga lumat.
2 jenis inai yang ditumbuk. Inai tanpa gambir, dan inai dicampur gambir.
- Inai tanpa gambir – ibu jari dan jari telunjuk
- Inai dicampur gambir – jari kelingking, jari hantu, dan jari tengah
Warna inai selepas dibasuh. Tiada perbezaan ketara pada warna inai.
Jari selepas dibasuh. Tiada perbezaan ketara pada warna inai.
Keputusan:
Mengikut ujikaji yang telah kami lakukan, kesimpulan yang boleh dibuat adalah gambir tidak membuatkan warna inai bertambah gelap.
Apakah pendapat anda?
Baca sini untuk mengetahui perbezaan warna inai pada jari.