Sememangnya tiada rawatan untuk kuku rapuh dan kuku terbelah. Anda perlu mengamalkan pemakanan yang bernutrisi baik untuk kesihatan kuku dan juga minum air secukupnya kerana kekurangan air dalam badan juga menyebabkan kuku menjadi rapuh dah mudah pecah. Jika anda mengelami gejala kesakitan pada kuku seperti cagu dan kulat pada kuku, sebaiknya dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik. Namun terdapat beberapa bahan semulajadi yang boleh merawat jangkitan kulat dikuku, dan cagu secara tradisional.
Daun inai adalah bahan semulajadi yang digunakan secara tradisional untuk mewarnakan jari dan rambut. Daun inai juga digunakan secara tradisional untuk merawat jari kuku yang rapuh, dan jangkitan kulat pada kuku. Caranya, hanya tumbuk daun inai dan sapu pada permukaan jari.
Melaleuca oil atau lebih dikenali dengan nama tea tree oil adalah minyak semulajadi yang sangat baik untuk merawat jangkitan kulat. Titiskan minyak melaleuca ke atas kapas dan sapu pada permukaan kuku. Lakukan sehari 2 kali sehingga kulat hilang.
Cuka epal mengandungi kesan anti-bakteria, boleh digunakan untuk merawat cagu kuku yang menyebabkan kuku tumbuh ke dalam kulit. Cagu yang tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan bakteria. Untuk merawat cagu, bersihkan kaki dengan merendam kaki ke dalam air garam yang suam selama 10 minit. Lapkan kaki dan potong bahagian kuku yang tumbuh ke dalam isi kulit. Kemudian titiskan cuka epal ke atas kapas dan sapu pada bahagian cagu dan biar kering. Ulang sehari 2 kali sehingga sembuh.
Nail spa di rumah
Anda tidak perlu mengeluarkan puluhan ringgit untuk melakukan nailspa. Hanya gunakan bahan-bahan yang ada di dapur untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan. Lakukan seminggu 1 hingga 2 kali.
Take note! Sebelum anda melakukan nail spa, potong kuku dan bersihkan sebarang kekotoran yang ada dibawah kuku.
Bahan-bahan:
- Air suam
- Garam
- Limau nipis
- Petroleum jelly
Cara-cara:
- Larutkan sesudu garam ke dalam air suam dan rendamkan jari ke dalam air suam selama 10 – 15 minit.
- Ambil limau nipis dan gosokkan ke atas jari sehingga kuku bersih.
- Basuh tangan dan keringkan dengan kain bersih.
- Sapu petroleum jelly pada kuku dan urut perlahan. Urutan ini akan melancarkan perjalanan darah dibawah kuku.
Jangan lupa pakai hand moisturizer selepas selesai spa untuk melembapkan kulit disekeliling kuku.