Skip to main content
TIPS KECANTIKAN

Tips penjagaan kuku dan makanan terbaik untuk kesihatan kuku

By 22 July 2022No Comments

Penjagaan kecantikan bukan hanya pada wajah tetapi dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, termasuklah kuku yang sering kita abaikan. Kuku yang rapuh dan cepat patah tentunya mencacatkan penampilan. Keadaan diburukkan lagi jika kuku ditumbuhi kulat yang boleh merosakkan struktur kuku.

Cagu atau cengkam kuku yang menyakitkan juga boleh terjadi jika jika kita tidak mengamalkan cara penjagaan kuku yang betul. Oleh itu, penjagaan kesihatan kuku tidak seharusnya dipandang enteng.

 

Hujung kuku yang rapuh dan pecah

Struktur kuku

Imej dari wikipedia

 

Kuku adalah struktur separa keras dihujung jari tangan dan kaki yang berfungsi sebagai pelindung jari dan juga memberikan lebih sensitiviti kepada deri sentuh manusia. Kuku yang sihat adalah licin, berwarna seakan merah jambu hasil dari salur darah yang terdapat dibawah permukaan kuku, dan tidak mudah pecah atau rapuh.

Struktur kuku terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Batang kuku (nail plate)– bahagian kuku yang keras, dan tidak berwarna yang mengandungi sejenis protein yang dipanggil keratin. Keratin bertanggungjawab memberikan kekuatan pada batang kuku.
  2. Lunula– bahagian pangkal kuku yang berwarna putih dan melengkung.
  3. Akar kuku (root)– bahagian yang memegang kuku agar kuku tetap kukuh dan tidak mudah tercabut.
  4. Sinus–  lokasi tempat akar kuku yang juga tempat pertemuan antara akar kuku dengan kulit kita.
  5. Matriks– adalah bagian paling penting yang mempunyai pembuluh darah, saraf, dan kelenjar penting. Matriks bertanggung jawab menghasilkan sel pada batang kuku.
  6. Bantalan kuku (nail bed)– bahagian kulit yang berada di bawah batang kuku yang terdapat pembuluh darah.
  7. Hiponikium– pembahagi antara kuku dengan bantalan kuku. Hiponikium membentuk lapisan pelindung supaya kuku tidak mudah tertanggal.
  8. Bahagian bebas (free margin)– bahagian kuku dihujung jari. Bahagian ini adalah bahagian yang akan dipotong apabila kuku memanjang.

 

Perubahan pada kuku

Perubahan pada warna dan rupa bentuk kuku tidak boleh diabaikan. Jika anda mempunyai simptom-simptom dibawah, sila dapatkan rawatan doktor:

  • Perubahan pada warna kuku termasuk garis gelap atau garis putih pada kuku
  • Perubahan bentuk kuku
  • Perubahan ketebalan kuku
  • Kuku berlubang
  • Kuku rapuh
  • Bengkak atau kemerahan di sekitar kuku
  • Sakit di kawasan kuku

 

Makanan terbaik untuk kuku

Kuku memerlukan nutrient supaya kuku menjadi kuat, sihat, dan tidak mudah rapuh. Makanan yang kaya dengan protein, kalsium, biotin, vitamin D perlu ditambah dalam diet seharian untuk mengekalkan kesihatan kuku.

 

Telur juga mengandungi B12, vitamin A dan E, zat besi, dan biotin. Biotin telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan ketebalan kuku dan mengurangkan kerapuhan dan mengelakkan kuku terbelah.

 

Susu kaya dengan vitamin D dan kalsium, kedua-duanya sangat penting untuk menguatkan struktur kuku dan mengelakkan dari kerapuhan.

 

Kekacang kaya dengan protein, vitamin B6, biotin zink, zat besi dan vitamin E. Kekurangan protein,biotin zat besi boleh menyebabkan kuku rapuh dan pecah.

 

Kalsium, zat besi dan antioksidan juga terdapat dalam sayuran hijau. Bayam juga sangat baik untuk kesihatan kuku kerana bayam mengandungi dengan pelbagai nutrisi termasuklah vitamin A, folate, zat besi, kalsium, dan vitamin E.

 

Bijirin penuh seperti oat, beras mengandungi zink, copper, zat besi, manganese, silikon, dan vitamin B kompleks, semuanya penting untuk pertumbuhan kuku yang sihat.

 

Jangan lakukan ini pada kuku anda

Walaupun anda mengamalkan pemakanan sihat untuk mendapatkan kuku yang cantik, tetapi tabiat-tabiat buruk dibawah akan menyebabkan kecacatan pada kuku anda. Jadi, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini:

  • Mengigit kuku–  Tabiat ini akan merosakkan struktur kuku dan boleh merosakkan kulit disekeliling kuku.
  • Menggunakan cat kuku yang mengandungi formaldehid dan dibutil phtalate– Bahan kimia ini boleh membuatkan kuku rapuh dan mudah pecah. Jadi, elakkan dari menggunakan pengecat kuku yang mengandungi bahan kimia tersebut.
  • Membasuh pinggan mangkuk tidak menggunakan sarung tangan– Kuku yang terdedah kepada kekotoran akan menjadi sarang pembiakan bakteria dan fungus.
  • Memotong kutikel– kutikel adalah diperlukan untuk melindungi batalan kuku. Tabiat memotong kutikel boleh menyebabkan struktur kuku anda terdedah kepada jangkitan bakteria dan fungus.
  • Membiarkan kuku panjang–  kuku panjang menyebabkan bahagian free margin @ hujung kuku mudah patah dan pecah, dan juga menyebabkan pengumpulan kekotoran dibahagian bawah kuku.