Skip to main content
RAMBUT

Jenis-jenis masalah rambut yang anda perlu tahu

By 21 July 2022October 20th, 2022No Comments

Secara purata rambut akan tumbuh sebanyak setengah inci sebulan. Kebanyakan rambut akan terus tumbuh selama 3-5 tahun sebelum gugur. Rambut juga akan gugur lebih kurang 50 – 100 helai sehari. Jadi apabila rambut gugur lebih dari kebiasaan, itu adalah tanda bahawa rambut anda mempunyai masalah.

Selain keguguran rambut, terdapat beberapa jenis masalah rambut lain yang sering dihadapi oleh kita semua tak kira lelaki mahupun perempuan. Jom! Cek adakah anda mempunyai masalah-masalah dibawah:

Kebotakan

Alopecia areata, adalah sejenis masalah kebotakan yang membuatkan kepala anda bertompok. Jika dibiarkan, ini boleh menyebabkan kebotakan di seluruh kepala tanpa meninggalkan seurat rambut. Kebotakan berlaku apabila folikel rambut tidak lagi boleh tumbuh dengan baik.

Kebotakan bermula dengan penipisan rambut di bahagian depan kepala, dan boleh menjadi lebih parah sehinggake belakang kepala. Kebotakan sering dikaitan dengan masalah genetik, dan boleh terjadi kepada lelaki dan juga wanita.

Teknik penanaman rambut adalah rawatan yang popular untuk mengatasi masalah kebotakan. Bagi anda yang berada di sekitar ibu negara, anda boleh dapatkan rawatan menanam rambut dari Hair transplant solution yang terletak di SOHO Suites @KLCC, Kuala Lumpur.

Rambut beruban

Rambut mempunyai sejenis pigmen warna yang dinamakan sebagai melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit yang terdapat dalam folikel rambut. Warna rambut datangnya dari melanin dan semakin meningkat umur anda, sel melanosit akan mengalami penuaan dan akhirnya tidak lagi mampu menghasilkan melanin.Hingga kini, tidak diketahui mengapa sesetangah manusia mempunyai uban di usia yang muda. Namun faktor keturunan dikatakan memainkan peranan yang besar. Jadi jika ibu atau ayah anda mempunyai uban dimasa muda, kebarangkalian anda untuk beruban diusia muda adalah tinggi.Jika anda ingin menutup uban dirambut menggunakan pewarna rambut yang halal, anda boleh mencuba Inai rambut daun asli Inaidamia yang dibancuh menggunakan air limau dan air teh, tanpa pewarna tiruan.

 

Rambut luruh

Seperti yang dinyatakan di atas, rambut akan gugur sekitar 50 – 100 helai sehari. Namun jika rambut anda luruh lebih dari kebiasaan, itu menandakan rambut anda mengalami masalah yang harus diberi perhatian dengan segera.

Antara penyebab rambut luruh adalah pengambilan pil perancang, kimoterapi, ubat-ubatan seperti kortison, stress, perubahan hormon kurang tidur. Wanita terutamanya sering mengalami rambut gugur, terutamanya dikalangan wanita bertudung kerana pemakaian tudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi. Jadi bagi anda yang memakai tudung, pastikan anda menjaga kesihatan rambut anda ya!

Rambut berminyak

Bagaimana untuk mengetahui jika rambut anda jenis berminyak atau tidak? Jika rambut anda menjadi berminyak selepas beberapa jam anda mencuci rambut, itu menunjukkan anda mempunyai masalah rambut berminyak. Ini adalah disebabkan oleh kelenjar sebum yang sangat aktif menghasilkan sebum. Jika dibiarkan, rambut anda akan kelihatan kusam, tidak bermaya dan juga akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Kelemumur

Kelemumur boleh terhasil bukan hanya pada rambut yang kering, tetapi juga rambut yang berminyak. Faktor pemakanan yang tidak seimbang, penghasilan sebum yang terlalu banyak atau kulit kepala yang terlampau kering, penjagaan rambut yang tidak teratur, jangkitan fungus malassezia adalah punca rambut berkelemumur.

Wanita bertudung sangat berisiko mengalami kelemumur kerana rambut terperap terlalu lama tanpa pengudaraan yang optimum, dan juga penjagaan rambut yang tidak tersusun. Baca sini untuk mengetahui petua menghilangkan kelemumur.

Untuk menghilangkan kelemumur secara semulajadi, anda juga boleh mencuba daun inai. Daun inai sememangnya digunakan secara tradisional untuk menghilangkan kelemumur.

 

Rambut bercabang

Rambut bercabang terhasil akibat kerosakan rambut yang disebabkan oleh terlalu banyak pewarnaan, pemutihan, terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Tiada petua untuk menyelamatkan rambut bercabang, melainkan dengan memotong bahagian rambut yang bercabang.

Rambut rapuh

Rambut rapuh boleh berpunca dari penggunaan bleach yang berlebihan, mewarnakan rambut dengan bahan kimia yang boleh merosakkan rambut, kekurangan nutrisi, terdedah kepada haba yang terlalu tinggi, dan kekurangan kelembapan. Jika anda menyikat rambut, lakukan dengan perlahan dan sikat rambut anda menggunakan penyikat rambut bergigi lebar.