Skip to main content

Inaidamia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semula telah melancarkan produk baharu kami, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena pelancaran produk-produk baharu tersebut.

Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India.

Dalam usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu, Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan, samping menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia.  Semua produk Inaidamia dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).