Skip to main content
RAMBUT

Cara pakai Inai Rambut Inaidamia

By 20 July 2022March 25th, 2024No Comments

Daun inai sememangnya digunakan secara tradisional untuk menyihatkan, menguatkan rambut, dan juga sangat berkesan untuk mengawal kelemumur, disamping mewarnakan rambut. Produk Inai Rambut Premium 250g Inaidamia adalah produk berasaskan inai daun asli, dan dibancuh dengan air limau dan air teh.

Produk ini tidak mengandungi sebarang pewarna tambahan. Warna yang terhasil adalah warna daun inai asli.

 

Ciri-ciri produk

  • Tiada pewarna tambahan
  • Kuantiti produk untuk rambut paras bahu
  • Jangka hayat produk 1 tahun apabila disimpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku
  • Produk berdaftar dengan KKM
  • Dibancuh dengan campuran air teh dan air limau
  • Bancuhan lebih pekat
  • Warna inai dirambut tahan lama
  • Halal dan mesra wuduk
  • Aroma inai semulajadi

 

Cara penyimpanan

  • Produk yang telah sampai perlu disimpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku untuk mengekalkan kesegaran. Keluarkan hanya apabila anda sedia ingin berinai.

 

Cara nyahbeku inai rambut

  • Keluarkan inai rambut dan nyahbeku inai rambut dalam bekas berisi air paip.

 

Cara pakai inai rambut Inaidamia:

  1. Pek inai rambut premium didatangkan dengan FREE GIFT shower cap dan sarung tangan plastik.
  2. Pastikan rambut anda kering semasa ingin memakai inai rambut.
  3. Pakai sarung tangan yang disediakan untuk mengelakkan jari anda kemerahan akibat memegang paste inai rambut.
  4. Buka penutup pack inai rambut dan picit ke telapak tangan dan sapu ke seluruh bahagian rambut sehingga ke akar rambut.
  5. Balut rambut yang telah diletakkan inai dengan shower cap. Penggunaan shower cap membantu melambatkan pengeringan inai pada rambut. Ini membolehkan molekul pewarna inai dapat diserap ke dalam rambut dengan lebih banyak.
  6. Biarkan inai dikepala selama 3-4 jam
  7. Bilas rambut sehingga tiada lagi paste inai yang melekat dirambut.