Skip to main content
RAMBUT

Rawatan Air Basuhan Beras Untuk Rambut Lebat

By 21 July 2022October 20th, 2022No Comments

Tahu tak rawatan air basuhan beras boleh buatkan rambut lebat? Jom ikuti sharing dari founder Shampoo Santan MyHomeLab, Puan Sophia Ruslan.

 

Semalam Kak Piya buat treatment air beras untuk rambut. Sekali sekala korang buatlah. Biasa korang nak masak nasi, lepas basuh beras, airnya korang buang kan. Ada juga yang simpan untuk siram kat pokok, bagi pokok tumbuh lebat.

Tapi korang tau tak, air basuhan beras juga boleh buatkan rambut lebat?

Cara-caranya:

  1. Air basuhan beras tu jangan dibuang, kumpul dalam 1 bekas dulu.
  2. Kemudian tapis untuk buang kumbang/kutu beras, guna penapis kain lagi bagus, kutu-kutu yang halus-halus tu semua ditapis.
  3. Lepas tu letak dalam bekas kedap udara.
  4. Simpan air basuhan beras tu minimum 12- 24 jam baru boleh guna. Yes, nanti akan jadi masam-masam sikit baunya. Itulah proses penapaian

Dalam air beras ni dia ada kompenen asid amino, inositol, vitamin B, mineral dan anti-oksidan. Komponen yang paling berharga untuk rambut ialah inositol dalam air basuhan beras ni.

Inositol berfungsi untuk menguatkan rambut dan boleh meresap hingga ke dalam helaian rambut untuk membaiki rambut rosak dan sebagai pelindung dari rambut rosak.

Cara guna:

Gunakan masa rambut kering, sebab nanti kita nak basahkan dan perap rambut dengan air beras tu. Kalau rambut korang panjang macam Kak Piya, biasanya Kak Piya akan terbalikkan semua rambut (posisi rukuk) lepastu celup je semua rambut masuk dalam bekas tu. Dah basah semua rambut tu, ikat dan wrap dengan tuala. Perap selama 20 minit lepas tu basuh.

Kak Piya suggest basuh dengan shampoo sebab kemungkinan ada kanji yang melekat di rambut tu boleh jadi buildup. Pakai shampoo yang gentle, tanpa sulfate sebab kita taknak overstrip vitamin, mineral, inositol yang kita perap guna air basuhan beras tu tadi.

 

Shampoo pilihan mestilah Shampoo Santan MyHomeLab.

Lepas tu boleh follow dengan perapi kalau nak. Masa keringkan tu korang akan rasa rambut korang lebih lembut berbanding sebelum ni.

Dah 3 tahun Kak Piya amal air basuhan beras ni. Biasanya sebulan sekali je. Sebab tu rambut Kak Piya walaupun telah di bleach, dye dan perm, rambut tetap menten lembut, tak rosak, tak kering, tak bercabang.

Dan yang penting konsisten jaga rambut elok-elok. Pilihan produk untuk everyday use pun penting tau. Bukan sekali buat treatment, hari-hari lain bantai produk kimia keras. Macamana nak elok macam tu.