Setiap wanita tentunya mendambakan rambut yang kuat, lebat dan bersinar. Wanita sanggup mengeluarkan wang ringgit yang banyak untuk menjalani rawatan rambut agar rambut kekal sihat.
Namun, rambut yang sihat bukanlah hanya bergantung kepada rawatan rambut di salon atau dengan menggunakan produk rambut sahaja, tetapi untuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat haruslah bermula dari dalam.
Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk kesihatan rambut dan tubuh badan. Nutrisi seperti vitamin A, B, C, E, zat besi, zink, dan protein adalah sangat diperlukan supaya rambut tumbuh dengan sihat dan kuat.
Berikut adalah makanan-makanan yang terbaik untuk rambut anda. Dengan menambahkan makanan ini dalam diet anda, anda mampu mendapatkan rambut sihat yang diimpikan.
Selain dari pemakanan, kita juga boleh mengamalkan petua-petua tradisional yang berkesan untuk memelihara kekuatan rambut. Pengasas jamu Honey Herbs, Suzima Hazish yang mengamalkan menyapu air ramasan bunga raya mampu melebatkan rambut. Baca petuanya disini.
Dan semestinya anda boleh memakai inai untuk menjaga kesihatan dan kekuatan rambut. Selain digunakan untuk mewarnakan rambut, daun inai sememangnya digunakan secara tradisional untuk merawat rambut dan menghilangkan kelemumur.