Pemakaian inai yang lama boleh menyebabkan berlaku fenomena kedutan atau pengecutan pada kulit jari. Persoalan mengapa jari berkedut apabila memakai inai sering diajukan oleh penggemar inai. Adakah pengecutan jari ini disebabkan oleh inai?
Kedutan jari adalah tindakbalas normal kulit apabila terdedah kepada air. Apabila jari terdedah kepada air terlalu lama, kulit jari anda akan mula mengecut atau berkedut. Kedutan kulit jari adalah proses aktif yang dikawal oleh sistem saraf autonomi. Namun, bagaimanakah proses kedutan ini terjadi?
Anatomi lapisan kulit. Imej dari Wikipedia
Lapisan atas kulit dinamakan sebagai epidermis, diikuti lapisan tengah iaitu dermis, dan lapisan paling dalam kulit adalah hipodermis. Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2017, saintis mendapati bahawa kedutan jari adalah disebabkan pengecutan lapisan hipodermis dan juga pembengkakan (swelling) lapisan epidermis [1].
Kajian juga menunjukkan bahawa kedutan jari menguatkan cengkaman apabila memegang objek ketika jari basah [2].
Bagi menjawab persoalan mengapakah jari berkedut apabila memakai inai adalah:
Jari anda mengecut atau berkedut disebabkan oleh air yang terdapat dalam bancuhan inai tersebut, bukan disebabkan oleh inai. Jadi, anda tidak perlu risau ya! Produk inai keluaran Inaidamia adalah selamat digunakan.
Rujukan:
- Sáez, P. and Zöllner, A.M., 2017. Mechanics reveals the biological trigger in wrinkly fingers. Annals of biomedical engineering, 45(4), pp.1039-1047.
- Kareklas, K., Nettle, D. and Smulders, T.V., 2013. Water-induced finger wrinkles improve handling of wet objects. Biology letters, 9(2), p.20120999.