Inai serbuk Inaidamia dibuat daripada inai daun asli 100% yang diimport khas dari Rajasthan, India. Inai serbuk boleh digunakan untuk jari dan juga rambut. Cara bancuh inai serbuk untuk rambut dan jari adalah sama.
Bahan-bahan:
Untuk bancuhan jari.
- Inai serbuk 20g atau 3 sudu makan (Kuantiti cukup untuk 10 jari)
- Air teh 50ml
- Air limau 15ml
Limau yang boleh digunakan adalah limau nipis atau limau purut. Anda juga boleh menggunakan air perahan limau yang dijual di kedai.
Air teh galakkan bancuh pekat untuk digunakan dalam bancuhan inai.
Inai yang telah dibancuh perlu digunakan selepas diperam. Inai yang telah dibancuh tidak boleh disimpan lama untuk memelihara warna asli daun inai. Jadi, adalah amat digalakkan untuk membancuh inai secukupnya untuk dipakai sahaja. Lebihan serbuk inai boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Untuk bancuhan inai rambut. 1 pack cukup untuk rambut paras bahu.
- Inai serbuk 100g
- Air teh 200ml
- Air limau 10ml
Cara bancuhan:
- Campurkan inai serbuk bersama air teh.
- Campurkan air limau ke dalam bancuhan dan kacau sebati.
- Tutup bancuhan dan peram selama 6 jam suhu bilik(untuk bancuhan inai jari dan juga inai rambut).
- Warna bancuhan akan kelihatan keemasan menandakan dye inai telah terhasil.
- Sedia untuk digunakan.
Fungsi utama air limau adalah untuk menaikkan warna merah daun inai, dan air teh untuk memelihara bau daun inai apabila dipakai.
PENTING UNTUK BAKAL PENGANTIN!!
Jika anda ingin memakai inai daun asli untuk majlis akad nikah, disarankan anda memakai 1 atau 2 hari lebih awal. Ini kerana inai daun asli 100% akan mula gelap hanya selepas 24 jam.
Perubahan warna:
Apabila anda membasuh paste inai dijari, warna inai adalah oren. Warna inai akan bertukar gelap selepas 24 jam. Ini adalah kerana molekul pewarna inai (lawsone) akan teroksida oleh udara dan menyebabkan warna lawsone bertukar kegelapan.
Warna inai selepas dibasuh
Warna inai selepas 24 jam