Skip to main content
RAMBUT

Tips untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat

By 20 October 2022October 26th, 2022No Comments

Kulit kepala mempunyai lebih banyak kelenjar sebum berbanding kulit wajah, menjadikan rambut lebih mudah berminyak dan kotor berbanding kulit wajah. Namun seringkali kita memberikan perhatian yang lebih kepada kulit wajah berbanding kulit kepala. Sekiranya kulit kepala tidak dijaga dengan rapi, boleh menyebabkan kelemumur, keguguran rambut, keradangan kulit kepala, dan kerosakan rambut.

Disebabkan itu, adalah menjadi suatu kemestian untuk anda melakukan rawatan kulit kepala. Rawatan kulit kepala dapat membantu mengawal penghasilan sebum yang boleh menyebabkan kelemumur.

Selain itu, rawatan kulit kepala dapat melancarkan perjalanan darah dibawah kulit kepala. Ini membantu menguatkan akar rambut, membantu pertumbuhan rambut baru, dan menyihatkan rambut. Rawatan kulit kepala juga dapat membersihkan rambut, membuang sel kulit kepala yang mati, dan pori-pori kulit kepala yang tersumbat.

Tips mendapatkan kulit kepala yang sihat

Guna shampoo yang tidak mengandungi sulfat

Syampu tanpa sulfat adalah lembut kepada kulit, dan dapat mengimbangi penghasilan sebum. Ini amat penting kepada anda yang mempunyai kulit kepala atau rambut yang sangat kering atau sangat berminyak.

Cuci rambut 2 ke 3 kali seminggu

Adalah penting untuk ada mengimbangi jumlah cucian rambut ada. Jika rambut dicuci dengan terlampaukerap, rambut akan menjadi kering kerana kehilangan sebum, dan kulit kepala akan bertindak menghasilkan lebih banyak sebum. Ini menyebabkan rambut lebih berminyak.

Urutan kulit kepala

Urutan kulit kepala membantu melancarkan pengaliran darah seterusnya membantu pertumbuhan rambut. Kajian yang dilakukan pada tahun 2016 menunjukkan lelaki yang membuat urutan kulit kepala selama 4 minit setiap hari selama 24 minggu, mempunyai rambut yang lebih lebat.

Scrub kulit kepala

scrub kulit kepala

Scrub boleh menanggalkan sel kulit mati, minyak berlebihan, kelemumur atau kepingan kulit kepala kering, dan kotoran. Namun, scrub kulit kepala perlu dilakukan dengan lembut untuk melindungin kulit kepala dari iritasi. Scrub kulit kepala boleh dilakukan menggunakan physical exfoliants atau chemical exfoliant. Minyak tea tree, dan minyak eucalyptus adalah sangat baik untuk digunakan untuk scrub kulit kepala. 

PRODUK

  • Sale!
  • Sale!
  • Sale!
  • Sale!
  • Sale!
  • Sale!
  • Sale!