Sejarah Kami

Syarikat Inaidamia Sdn. Bhd (1319109-U) telah diasaskan oleh Puan Noor Hazlinda Ridzuan, seorang suri rumah sepenuh masa, pada bulan Jun 2016 dengan modal permulaan hanya RM500. Berpengkalan di Pulau Pinang, Inaidamia membawakan produk berasaskan Daun Inai (Henna) di mana keunikan (USP) yang dibawakan oleh Inaidamia adalah memasarkan produk berasaskan Inai Asli dari sumber herba semulajadi tanpa pewarna terlarang, suci untuk ibadah khusus kepada pengguna beragama Islam, serta selamat dipakai tanpa kesan sampingan.

Idea untuk mengkomersialkan Inai Asli ini tercetus di mana pengasasnya sendiri mempunyai pengalaman bermula sebagai seorang Dropshipper hingga menjadi Ejen untuk satu produk Inai segera (“Instant Henna”).

Menyedari tentang lambakan inai segera di pasaran hari ini, juga dengan mengambil kira maklum balas (“feedback”) permasalahan pelanggan ke atas kesan pemakaian Inai sepanjang penglibatan beliau dalam kerja menjual, maka tertubuhlah Inaidamia dengan slogan Merah, Suci, Asli bagi membawa kebaikan Inai Asli secara lebih meluas. Tujuan utama penubuhan adalah, Inaidamia menyediakan satu alternatif baru dengan ramuan tradisional bagi peminat inai tanah air untuk mendapatkan Inai Asli.

Sepanjang 2 tahun lebih pengalaman Inaidamia, alhamdulillah syarikat menyedari bahawa produk ni memang mendapat permintaan menggalakkan dari skop pelanggan kami tersendiri serta di kalangan peminat inai asli di Malaysia. Rentetan ini juga, kami mengambil peluang ini untuk membawa produk ni lebih jauh memandangkan misi Inaidamia untuk menjadi ‘Market Leader’ bagi produk Inai Asli bagi pasaran serantau. Sehingga kini, Inaidamia telah memasuki pasaran Singapura selepas Malaysia.

Ini juga selaras dengan Visi syarikat untuk membawa kebaikan Inai Asli serta terus menyebarkan kebaikan sebagai penyelesaian kepada masalah peminat inai selama ini. Bertepatan dengan slogan Merah Suci Asli, tidak dinafikan lagi ia adalah slogan lengkap bagi melambangkan Visi syarikat dalam memastikan produk Inaidamia bukan sekadar Merah, tetapi Suci untuk ibadah seharian serta pastinya Asli untuk kesan selamat dan sesuai kepada semua lapisan umur.

5 produk inaidamia