Pengasas dan Pengarah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Saya Linda, mulanya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa selepas ‘resign’ beberapa tahun sebagai admin sebuah syarikat swasta yang membekalkan peralatan perubatan. Tercetusnya perubahan baru dalam hidup saya & suami selepas kejatuhan dalam bisnes ‘Direct Selling’ yang kami jalankan selama 4 Tahun apabila saya memulakan langkah dalam perniagaan online sebagai dropshipper untuk pelbagai produk kecantikan.

Something yang telah ‘trigger’ hati saya adalah selepas terinspirasi melalui kata-kata seorang usahawanita di slot Wanita Hari Ini pada ketika itu. Yang menyarankan agar suri rumah ceburkan diri dalam apa sahaja bidang perniagaa. Dengan kejatuhan kami berdua di dalam bisnes sebelum ini, dan desakan hutang ditinggalkan berjumlah RM125,000 ditambah malang lagi suami pula yang sedang dalam perbicaraan mahkamah hampir-hampir diistiharkan muflis, ia menjadi penguat untuk kami bangkit dan cekal mencari solusi hidup. Kesusahan kami menjadikan kami terus kuat dan cekal disamping membesarkan zuriat pertama kami, Airis Damia pada waktu tersebut.

Selepas perniagaan perniagaan pertama saya ceburi iaitu bakery hambar, saya mula mencari produk kecantikan seperti menjual produk kosmetik dan inai segera (instant henna) hanya bermula sebagai dropshiper. Kerana passion dan minat yang tinggi dalam dunia kecantikkan berasaskan inai, dan saya tidam mengambil masa yang lama untuk upgrade sebagai Agent Inai Instant dan mula fokus dalam bidang ini. Walaupun tanpa tunjuk ajar atau apa-apa kelas seminar perniagaan yang disediakan oleh HQ ketika itu, saya usaha buat sale dan setiap liku serta cabaran niaga saya belajar dan jadikan pengalaman. Selepas melihat peningkatan dalam perniagaan saya, suami pula turut serta terjun dalam bidang pemasaran online dengan mula menjual jam di Facebook. Adalah seunit dua jam beliau dapat jual. Sekaligus buka mata beliau bahawa perniagaan di Facebook ada potensi besar.

Dengan pengalaman saya sepanjang menjual Inai Segera, timbul ilham untuk mengasaskan produk Inai Asli di mana bagi saya, saya lebih yakin akan kelebihan dan kebaikan Inai Asli. Perniagaan didaftarkan secara rasmi atas nama Inaidamia Enterprise pada tanggal 16 Jun 2016 ilham dari nama Puteri Sulung kami. Airis Damia. Bermodalkan sebanyak RM500 iaitu hasil dari gadaian cincin dan gelang emas perkahwinan, saya dan suami untuk memulakan langkah pertama mengendalikan perniagaan berasaskan inai asli secara sepenuh masa bersama-sama.

Idea inai asli ini mula timbul dengan mengambil kira pelbagai ‘feedback’ serta survey dikalangan pelanggan saya sepanjang tempoh perniagaan Inai Segera terdahulu. Pada peringkat permulaan setelah kami menjalankan validitasi market serta potensi jualan, ramai dikalangan pelanggan saya yang terdahulu menawarkan diri untuk bergelar Dropship. Alhamdulilah. dengan pengalaman di dalam niche inai asli yang saya ceburi, sehingga kini jenama Inaidamia semakin mendapat permintaan tinggi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bertepatan dengan Misi dan Visi kami untuk menaikkan nama Inaidamia sebagai alternatif baru kepada peminat Inai Asli di Malaysia. Sasaran kami adalah untuk menjadi market leader dalam pasaran Inai Asli diseluruh dunia.

Satu persatu rentak perniagaan ditambah baik. Satu persatu juga hutang kami selesaikan. Alhamdulillah, hidup seakan diberi nafas baharu. Mungkin rezeki berkongsi peluang rezeki bersama insan lain diluar sana. Semasa penulisan ini disiapkan, Inaidamia telah pun mempunyai rangkaian pemasaran dengan sokongan 7 orang Leader, disokong lebih 800 orang Pengedar termasuk Stokis, ejen dan Dropshipper) di seluruh Malaysia dan Singapura dan keluarga Inaidamia kian bertambah saban hari. Kini Inaidamia telah pun Berjaya diperbadankan menjadi Syarikat Sdn. Bhd. secara rasminya pada 26 Mac 2019.

Dengan niat untuk membantu orang ramai meningkatkan pendapatan masing-masing, saya dan suami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan anda semua dalam Keluarga Inaidamia. Kami berhasrat supaya lebih ramai usahawan di luar sana menjadikan Inaidamia sebagai pendapatan utama dalam memacu ekonomi keluarga masing-masing sekaligus menaikkan taraf ekonomi Umat Islam. Janganlah malu dan takut untuk berniaga, kita sendirilah yang bakal mencorakkan masa depan yang kita impikan. “Hidup ni hanya sekali, buatlah sampai jadi!” begitulah kata suami yang selalu saya pegang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi batu loncatan untuk anda semua.