Lawsone molekul pewarna daun inai

daun inai

Daun inai atau nama saintifiknya Lawsonia inermis biasanya tumbuh subur dikawasan tropika dan separa gersang seperti Malaysia, Indonesia, India, Mesir, Afrika, dan Yaman. Daun inai telah digunakan sejak beribu tahun sebagai bahan pewarna dalam bidang kosmetik dan tekstil, dan juga dalam bidang perubatan.

Disebabkan manfaat perubatan daun inai, daun inai tercatat dalam naskah perubatan Mesir kuno, Eber Papyrus. Malah daun inai juga turut disebut dalam hadis nabi dan digunakan untuk merawat beberapa jenis kesakitan. Dalam tradisi masyarakat melayu, daun inai digunakan terutamanya semasa majlis penikahan, disamping dalam tujuan perubatan.

Kajian saintifik mendapati bahawa khasiat daun inai ini dikaitkan dengan lawsone iaitu sejenis molekul pewarna daun inai.

Lawsone

Lawsone molekul pewarna daun inai yang menghasilkan warna merah daun inai juga dikenali sebagai asid henotanik @ Natural Orange 6 (C.I. 75480) dengan kepekatan 486.2ug/g. Lawsone bukan sahaja boleh didapati dalam daun inai, malah bunga dan dahan pokok inai juga mengandungi lawsone pada kepekatan 116.9ug/g dan 5.4ug/g.

Menariknya, kajian terbaru pada tahun 2017 menunjukkan sejenis fungus (Giberella moniliformis) yang hidup pada pohon inai juga didapati dapat menghasilkan lawsone.

Struktur kimia lawsone

Struktur kimia lawsone: 2-hydroxy-1,4-naphtaquinone

 

Lawsone tidak wujud dalam bentuk molekul bebas dalam daun inai, sebaliknya lawsone terhasil dari isomer glukosida (hennoside). Tindakbalas kimia isomer glukosida kepada aglycone melalui proses hidrolisis dalam keadaan sedikit berasid. Proses pengoksidaan menukar aglycone kepada lawsone .

 

 

Faktor yang mempengaruhi kepekatan lawsone dalam daun inai

Musim, jenis tanah, pH tanah, dan cuaca memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kandungan lawsone dalam daun inai. Pohon inai yang ditanam di kawasan yang bercuaca panas dan separa gersang umumnya mempunyai kandungan lawsone yang lebih tinggi.

Selain itu, musim juga mempengaruhi kepekatan lawsone dalam daun inai. Dalam 1 kajian mendapati bahawa daun inai yang dituai pada bulan oktober dan november mempunyai kepekatan lawsone yang lebih tinggi berbanding pada bulan mac.

Malah, kandungan lawsone dalam daun inai yang telah dikeringkan juga adalah lebih tinggi berbanding daun inai segar yang tidak dikeringkan.

 

Faktor yang mempengaruhi warna lawsone pada jari

lawsone molekul pewarna daun inai

 

Kepekatan lawsone yang terdapat dalam daun inai akan mempengaruhi warna yang akan terhasil apabila digunakan pada jari. Secara teknikal, semakin tinggi kandungan lawsone dalam daun inai, semakin banyak lawsone yang akan bergabung dengan keratin pada jari dan rambut semasa pemakaian, semakin pekat warna yang akan terhasil.

Dari segi pemakaian inai, masa mempengaruhi warna inai yang terhasil apabila dipakai pada jari dan rambut. Semakin lama inai dipakai pada jadi, lebih banyak lawsone akan bergabung dengan keratin pada kulit, rambut, dan kuku, menjadikan warna merah lebih terang.

Selain itu, suhu juga mempengaruhi warna inai yang terhasil. Pada suhu yang tinggi, warna merah lawsone yang terhasil pada jari dan rambut adalah lebih terang berbanding pada suhu rendah. Jadi, pemakaian inai yang lama dijari dapat menghasilkan warna merah yang lebih pekat. Semasa menghasilkan bancuhan inai, anda digalakkan menggunakan air panas.

Lawsone adalah sangat sensitif kepada pH. Apabila daun inai dibancuh dalam larutan yang mempunyai pH rendah seperti air limau, warna yang terhasil apabila dipakai pada jari atau rambut adalah merah-oren. Apabila daun inai dibancuh dengan larutan yang mempunyai pH tinggi, warna yang terhasil adalah oren kekuningan. Jadi, disebabkan itu, produk Inaidamia dibancuh menggunakan air limau yang juga merupakan cecair berasid semulajadi.

Setelah beberapa hari, lazimnya warna inai akan mulai gelap atau pekat berbanding semasa awal pemakaian inai. Ini kerana molekul lawsone pada jari mengalami pengoksidaan akibat terdedah kepada udara. Jadi, untuk pengantin yang ingin menggunakan inai daun asli, disarankan untuk memakai 2 atau 3 hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung supaya warna inai yang merah pekat terhasil semasa majlis.

 

Kajian saintifik

women doing labwork

 

Terdapat banyak kajian yang dijalankan ke atas lawsone molekul pewarna daun inai yang menunjukkan lawsone berpotensi digunakan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, kosmetik dan tekstil.

Lawsone didapati mempercepatkan penyembuhan luka dalam kajian terperinci yang dijalankan pada model tikus yang mempunyai luka pada permukaan kulit. Kajian ini menunjukkan Lawsone mempercepatkan pertumbuhan tisu baru, mengurangkan pengumpulan sel darah putih di kawasan luka, dan mempercepatkan penghasilan kolagen yang diperlukan untuk pertumbuhan tisu baru.

Selain itu, dalam kajian pankreatitis akut iaitu sejenis penyakit keradangan pada pankreas mendapati bahawa rawatan menggunakan lawsone dapat mengurangkan keradangan pada tikus tersebut. Penanda keradangan dan tekanan oksidatif seperti interleukin-6, TNF-A, dan MPO berkurang dengan ketara. Ini menunjukkan lawsone mempunyai sifat anti-keradangan dan mampu megurangkan tekanan oksidatif dalam penyakit pankreatitis akut.

Kajian mengenai anti-fungus dan anti-bakteria lawsone juga telah dilakukan ke atas banyak spesies termasuklah  F. oxysporum, spesis candida, Aspergillus flavus, E. coli, methicillin-resistant staphylococcus aureus, A. baumannii, dan P. aeruginosa,. Kajian-kajian ini menunjukkan kebolehan lawsone untuk membunuh fungus dan juga bakteria penyebab penyakit. 

Yang lebih menarik, penggunaan lawsone sebagai pencuci mulut ke atas 60 puluh orang subjek didapati mengurangkan pembiakan fungus di dalam mulut lebih ketara berbanding pencuci mulut Listerine.

Dalam penggunaan daun inai dalam bidang kosmetik, daun inai sememangnya terkenal dengan kebolehan mengurangkan kelemumur. Kesan ini didapati datang daripada lawsone yang berkesan untuk menghapuskan fungus penyebab kelemumur Malasezzia Furfur.

Selain dari kegunaan dalam bidang perubatan, kajian juga dilakukan menggunakan lawsone dalam penghasilan redox flow battery yang lestari dan selamat. Penggunaan lawsone sebagai cecair anolyte menunjukkan lawsone dapat meningkatkan prestasi bateri melebihi 1.30 V. Manakala kecekapan tenaga adalah 75% dan kadar pengekalan kapasiti (capacity retention rate) adalah melebihi 99.992% setiap kitaran. Ini menunjukkan lawsone berupaya untuk digunakan dalam penghasilan bateri yang lebih berdaya kuasa.

Lawsone juga berpotensi digunakan dalam pengesanan cap jari yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Penggunaan lawsone sebagai reagen dalam teknik pengesanan cap jari atas kertas menghasilkan warna ungu coklat yang dapat dilihat.

 

Penggunaan daun inai dalam produk Inaidamia

lawsone molekul pewarna daun inaiProduk Inaidamia adalah produk yang berasaskan inai daun asli dengan matlamat untuk menyebarkan manfaat daun inai ke seluruh masyarakat. Disebabkan penggunaan pewarna tiruan berpotensi merosakkan jari dan rambut, kami komited untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja digunakan sebagai hiasan, malah dapat memberikan manfaat kepada pemakai.

Produk Inaidamia tidak menggunakan pewarna tiruan atau bahan kimia berbahaya. Semua bahan dan bancuhan produk Inaidamia adalah berasaskan bahan semulajadi. Produk Inaidamia juga berdaftar dengan KKM dan juga menjalani ujian makmal secara berkala. Produk Inaidamia adalah halal dan sah untuk dibawa solat.

Baca hukum pemakaian inai di sini.

 

  1. Dhiman, A., Sharma, K., Goyal, J., Garg, M. and Sharma, A., 2012. Determination of lawsone content in fresh and dried leaves of Lawsonia inermis Linn. and its quantitative analysis by HPTLC. Journal of Pharmaceutical and Scientific Innovation (JPSI)1(2).
  2. Al-Snafi, A.E., 2019. A review on Lawsonia inermis: a potential medicinal plant. Int J Curr Pharm Res11(5), pp.1-13.
  3. Alem, F.Z., Gita, S.A., Cougnaud, L., Affnar, C., Nounah, I., Youssef, B., de Oliveira, A.L., Charrouf, Z. and Rhourri-Frih, B., 2020. Lawsone quantification in Lawsonia inermis L. by HPLC-MS: How does the temperature and pluviometry affect lawsone concentration?. Industrial Crops and Products158, p.112960.
  4. Amro, B.I.H., James, K.C. and Turner, T.D., 1993. A quantitative study of dyeing with lawsone.
  5. Biradar, S. and Veeresh, B., 2013. Protective effect of lawsone on L-Arginine induced acute pancreatitis in rats.
  6. Adeli-Sardou, M., Yaghoobi, M.M., Torkzadeh-Mahani, M. and Dodel, M., 2019. Controlled release of lawsone from polycaprolactone/gelatin electrospun nano fibers for skin tissue regeneration. International journal of biological macromolecules124, pp.478-491.
  7. Sarang, H., Rajani, P., Vasanthakumari, M.M., Kumara, P.M., Siva, R., Ravikanth, G. and Shaanker, R.U., 2017. An endophytic fungus, Gibberella moniliformis from Lawsonia inermis L. produces lawsone, an orange-red pigment. Antonie Van Leeuwenhoek110(7), pp.853-862.
  8. Dananjaya, S.H.S., Udayangani, R.M.C., Shin, S.Y., Edussuriya, M., Nikapitiya, C., Lee, J. and De Zoysa, M., 2017. In vitro and in vivo antifungal efficacy of plant based lawsone against Fusarium oxysporum species complex. Microbiological research201, pp.21-29.
  9. Sujanamulk, B., Rajalakshmi Chintamaneni, A.C., Nahar, P., Chaluvadi, R.S., Vemugunta, R. and Prabhat, M.V.P., 2016. Evaluation of Antifungal Efficacy of Ethanolic Crude Lawsone and Listerine Mouthwash in Uncontrolled Diabetics and Denture Wearers-A Randomized Clinical Trial. Journal of Clinical and Diagnostic Research: JCDR10(6), p.ZC90.
  10. Rahmoun, N., Boucherit-Otmani, Z., Boucherit, K., Benabdallah, M. and Choukchou-Braham, N., 2013. Antifungal activity of the Algerian Lawsonia inermis (henna). Pharmaceutical biology51(1), pp.131-135.
  11. Soliman, S.S., Alsaadi, A.I., Youssef, E.G., Khitrov, G., Noreddin, A.M., Husseiny, M.I. and Ibrahim, A.S., 2017. Calli essential oils synergize with lawsone against multidrug resistant pathogens. Molecules22(12), p.2223.
  12. Sayare, A.S., Sinha, A.D., Sharma, N.O., Kulkarni, M.A., Yerne, S.A. and Tarange, S.M., Formulation and Evaluation of Anti-dandruff Hair Gel containing Lawsone.
  13. Upadhyay, B., Dhaker, A.K. and Kumar, K.S.A., 2010. Phytochemical Analysis and Influence of Edaphic Factors on Lawsone Content of Lawsonia inermis L. Journal of Phytology.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×