Jenis-jenis sikat rambut dan cara memilih sikat yang sesuai

sikat

Terdapat jenis-jenis sikat rambut yang berapa dipasaran dengan pelbagai bentuk untuk dipilih. Namun seringkali kita tidak cakna mengenai fungsi jenis-jenis sikat rambut ini.

Pemilihan sikat yang betul akan membantu anda mendandan rambut dengan lebih mudah dan juga dapat menyelamatkan rambut dari kerosakan.

 

Paddle brush

vent brush

Paddle brush digunakan untuk menguraikan rambut kusut dengan mudah. Permukaan yang rata, lebar, dilapisi lapisan berisi udara membolehkan anda menyikat rambut yang kusut dengan mudah tanpa mencederakan kulit kepala anda. Paddle brush sesuai untuk semua jenis rambut sama ada rambut lurus, kerinting, atau beralun. Walaupun rambut kusut, sikat ini tidak akan merosakkan bentuk asal rambut termasuklah rambut kerinting.

 

Wide tooth brush

wide tooth brush

Sikat wide tooth bursh mendapat namanya dari gigi sikat yang jarang-jarang. Sikat jenis ini sesuai digunakan untuk menguraikan rambut yang masih basah untuk mengelakkan lebih banyak rambut gugur.

 

Vent brush

vent brush

Vent brush digunakan untuk membantu mengeringkan rambut anda bersama dengan pengering rambut. Sikat ini sangat sesuai digunakan untuk menyikat rambut ketika anda menggunakan hair dryer kerana gigi sikat yang jarang-jarang membuatkan haba dapat masuk ke celah-celah rambut untuk mengeringkan rambut.

Detangling brush

detangling brush

Sikat jenis ini digunakan untuk menguraikan rambut yang kusut pada semua jenis rambut. Sikat ini mempunyai gigi yang jarang-jarang jadi sikat ini sesuai digunakan untuk menyikat rambut ketika basah.

 

Round brush

round brushSikat bulat dapat membantu menguruskan kerinting rambut agar tampak lebih kemas. Sikat ini juga sesuai untuk membentuk alunan rambut agar tampak lebih beralun. Selain itu sikat bulat ini juga sesuai digunakan bersama blow-dryer untuk memberikan volume kepada rambut anda.

 

Rat tail comb

rat tail comb

Sikat ekor tikus ini mendapat namanya dari hujung yang panjang dan kurus seperti ekor tikus. Sikat ini boleh digunakan pada semua jenis rambut untuk membentuk rambut mengikut hair-style yang diinginkan. Jika anda ingin membelah dua tengah bahagian rambut dengan tepat atau mencuba teknik hair-style, anda boleh dapatkan sikat ini ya!

 

Baca sini untuk mengetahui jenis-jenis masalah rambut yang sering kita hadapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×