Inaidamia lancar platform digital INAI2U

inai2u
Pulau Pinang, Malaysia – 24 Oktober 2020: Inaidamia Sdn Bhd, syarikat yang memasarkan produk inai asli, halal & selamat melancarkan sistem ejen INAI2U sebagai penambahbaikan bagi menggantikan sistem pengurusan ejen yang sedia ada.
 
 
Objektif utama penggunaan sistem ejen INAI2U adalah bertujuan untuk menjamin pengurusan dalam ekosistem jaringan pengedar yang lebih cekap dan akan membantu para pengedar untuk menguruskan perniagaan dan pasukan dengan lebih sistematik.
 
Beberapa penambahbaikan yang terdapat dalam INAI2U adalah sistem pendaftaran pengedar dan pembelian yang lebih bersistematik. Paparan laporan data jualan, ranking pengedar berasaskan KPI juga turut diaktifkan dalam sistem ejen INAI2U ini.
 
Dengan kemudahan ini, antara lain ia juga akan membolehkan pengedar untuk lebih fokus pada jualan kerana pengeposan produk akan diuruskan sepenuhnya oleh ibu pejabat syarikat.
 
Selain dari itu, pihak syarikat juga akan menyediakan bahan-bahan pemasaran bersepadu untuk digunakan oleh pengedar dan ejen di seluruh Malaysia. Sistem baru ini juga turut memberikan nilai tambah dan perkongsian keuntungan yang lebih baik dan telus pada semua pengedar dan ejen yang berdaftar. Penyata pendapatan juga boleh dimuat turun secara automatik setiap bulan untuk memudahkan dokumentasi.
 
Paling menarik & unik sekali ialah sistem baru ini turut membolehkan pendapatan pengedar untuk diwarisi. Maklumat waris boleh dimasukkan ke dalam sistem semasa pendaftaran.
 
Sistem Ejen INAI2U adalah sistem yang beroperasi sepenuhnya secara atas talian. Para pengedar boleh melayari INAI2U untuk mengakses sistem ejen INAI2U.
 
Objektif peralihan kepada sistem ini diyakini akan memberi impak positif dalam perkembangan syarikat dan pengurusan sistem pengedar yang saban hari semakin meningkat keahliannya.
 
Bagi anda yang berminat untuk menjadi ejen Inaidamia, boleh mendaftar ejen di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×