Cara mengesan kanser payudara

pink october

Cara mengesan kanser payudara yang boleh dilakukan dirumah adalah dengan melakukan self-examination. Anda boleh membaca disini untuk mengetahui cara melakukan pemeriksaan sendiri. Kaedah pemeriksaan sendiri dirumah secara berkala adalah sangat penting untuk mengesan gejala awal kanser payudara dan mampu menyelamatkan nyawa.

Apabila anda bertemu doktor, kebiasaannya doktor akan melakukan beberapa ujian untuk diagnosis kanser payudara:

  • Pemeriksaan payudara
  • Mamogram
  • Ultrasound
  • Pengambilan sample tisu payudara (biopsi)
  • Magnetic resonance imaging (MRI)

 

Pemeriksaan payudara

Pemeriksaan akan dilakukan pada kedua-dua payudara dan nodus limfa di bahagian ketiak untuk menentukan jika terdapat ketulan. 

Mamogram

Mamogram adalah sinar-X yang dilakukan pada bahagian payudara. Wanita berusia antara 40 hingga 49 tahun perlu melakukan pemeriksaan mamogram setiap tahun dan wanita berusia 50 tahun ke atas perlu melakukannya setiap 2 tahun sekali.

Ultrasound

Ultrasound menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar struktur tisu dalam badan. Ultrasound boleh digunakan untuk menentukan sama ada benjolan payudara adalah tisu normal atau cecair cyst.

Pengambilan sample tisu payudara (biopsi)

Biopsi payudara adalah ujian yang pengambilan tisu untuk pemeriksaan struktur sel di bawah mikroskop. Biopsi adalah satu-satunya prosedur diagnostik yang dapat menentukan sama ada tisu biopsis yang diambil adalah barah ataupun tidak.

Pengimejan resonans magnetik (MRI)

Mesin MRI menggunakan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej pada bahagian dalam payudara. Tidak seperti ujian pengimejan lain, MRI tidak menggunakan radiasi untuk menghasilkan imej. Semasa pemeriksaan diagnostik, Sekiranya peperiksaan awal tidak dapat memberikan jawapan yang konklusif, doktor mungkin akan mengesyorkan MRI payudara untuk dijalankan.

Untuk maklumat lanjut, lawati Breast Cancer Foundation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×