Risau nak bertemu bakal mertua buat kali pertama? Nervous pulak kan bila fikir nak jumpa bakal mertua. Kalau mereka tak suka macam mana? Oh no! Jangan risau, kami dah siapkan tips berjumpa bakal mertua dibawah. Jom baca!
Kenal adik beradik dahulu
Lebih mudah untuk kita kenali adik beradiknya dahulu supaya apabila anda berada di rumah mertua, tidak lah kekok untuk mulakan perbualan dengan ahli keluarganya. Mereka juga boleh membantu untuk memperkenalkan anda kepada ibu mereka.
Bawa buah tangan
Lebih manis kalau anda datang dengan buah tangan, tanda ingatan anda pada mertua. Ini adalah taktik mudah untuk mengambil hati mertua.
Berpakaian sopan
Pakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata apabila bertemu dengan mertua. Rata-rata orang tua tidak sukakan bakal menantu mereka yang tidak pandai menjaga penampilan apabila berhadapan dengan orang tua.
Jangan asyik nak melekat dengan pasangan
Apabila berada dirumah bakal mertua, janganlah kerap bersama dengan pasangan. Lebih baik anda duduk dan berbual bersama bakal mertua.
Tolong mertua di dapur
Rajin-rajinkan tangan untuk membantu bakal mertua di dapur. Boleh juga korek rahsia pasangan dari bakal mertua.
Jaga tutur kata dan adab
Adab dan sopan santun adalah adat melayu. Jadi, pastikan anda menjaga tutur kata dan perbuatan apabila berhadapan dengan bakal mertua.
Peramah dan mesra
Walapun anda bukanlah seorang yang peramah, tetapi apabila berhadapan dengan bakal mertua, ringankan mulut bercakap. Orang tua memang suka bersembang, jadi masa ni lah ada boleh ambil hati bakal mertua anda.
Amalkan tips berjumpa bakal mertua ni ya! Semoga pertemuan anda dan bakal mertua berjalan dengan lancar.
Baca sini kalau nak tahu tips cantik semasa bersanding