Cara bancuh inai serbuk Inaidamia

plastic package and flower

Inai serbuk Inaidamia dibuat daripada inai daun asli yang diimport khas dari Rajastan, India. Inai serbuk boleh digunakan untuk jari dan juga rambut. Cara bancuh inai serbuk untuk rambut dan jari adalah sama.

Kami dah print pada packaging inai serbuk 100g. Apa yang anda perlu buat cuma follow saja step di packaging, atau ikut saja step dalam video ini.

Bahan-bahan:

  1. Inai serbuk Inaidamia 100g
  2. Air teh suam
  3. Air limau

Fungsi utama air limau adalah untuk menaikkan warna merah daun inai, dan air teh untuk memelihara bau daun inai apabila dipakai. Anda boleh menonton cara bancuh inai serbuk dalam video di bawah ya!

Untuk cara pakai inai yang dah siap dibancuh pada jari, boleh klik lini ini CARA PAKAI INAI CELUP

Juga baca sini untuk mengetahui bagaimana inai boleh mewarnakan rambut dan jari.

 

bottles

Perbezaan inai serbuk dan inai rambut 250g adalah inai rambut 250g telah ditambah dengan minyak argan yang sememangnya sangat baik untuk kesihatan rambut. Jadi, bagi anda yang ingin mencuba sendiri kebaikan inai daun asli dan minyak argan pada rambut, boleh cuba produk inai rambut 250g Inaidamia.

Sememangnya daun inai sangat baik untuk rambut dan kuku kerana daun inai mempunyai kesan anti-fungus. Kajian menunjukkan daun inai mampu menghalang pembiakan fungus malassezia penyebab kelemumur. Anda boleh membaca kajian saintifik yang telah dilakukan ke atas daun inai di sini.

Untuk mengetahui cara penjagaan rambut untuk wanita bertudung, boleh baca di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×