Tanda-tanda kanser payudara yang anda perlu tahu

hands holding ribbon

Pengenalan

Kanser adalah sejenis penyakit yang menyebabkan sel badan bertindak luar dari kebiasaan. Sel kanser selalunya akan bermutasi dan menyebabkan sel membiak di luar kawalan. Terdapat 2 jenis kanser:

  • Benign – Ketumbuhan yang tidak membiak luar kawalan dan menyerang organ badan lain.
  • Malignan – Ketumbuhan yang merebak dan menyerang organ badan lain, dan boleh menyebabkan kematian.

 

Kanser payudara terjadi pada bahagian payudara dan boleh merebak ke organ lain. Kanser payudara bukan hanya dihidapi oleh wanita, tetapi lelaki juga berisiko menghidapi kanser payudara.

Terdapat beberapa jenis kanser payudara, namun yang sering dihidapi oleh wanita adalah:

  • Tidak Invasif¬† – Ductal Carcinoma In Situ (DCIS) & Lobular Carcinoma In Situ (LCIS)

  • Invasif – Invasive Ductal Carcinoma (IDC) & Invasive Lobular Carcinoma (ILC)

 

Di Malaysia, kanser payudara adalah kanser yang paling biasa dihidapi oleh wanita:

  • 1 dari 19 wanita berisiko menghidapi kanser payudara
  • 64% wanita berumur 40-60 tahun menghidapi kanser payudara pada tahun 2003
  • Wanita berbangsa cina lebih berisiko menghidapi kanser payudara (59.7/100,000 populasi), diikuti dengan wanita india (55.8/100,000 populasi), dan wanita melayu (33.9/100,000 populasi).

 

Risiko kanser payudara

Terdapat beberapa faktor yang akan meningkatkan risiko anda mendapat barah payudara, antaranya ialah:

  • Umur

  • Alkohol

  • Obesiti dan diet tinggi lemak

  • Hormone replacement therapy

  • Tidak pernah mengandung

  • Penggunaan kontraseptif oral

  • Kehamilan anak pertama selepas umur 35 tahun

  • Tidak bersenam

 

Simptom kanser payudara

Setiap wanita perlu mengetahui rasa dan bentuk payudara anda supaya anda dapat mengesan setiap perubahan yang berlaku pada payudara anda. Antara tanda-tanda kanser payudara yang anda perlu beri perhatian adalah:

  • Ketulan payudara atau penebalan tisu yang terasa lain daripada tisu sekitarnya.
  • Sakit di bahagian payudara.
  • Bengkak di seluruh atau sebahagian payudara.
  • Cecair berdarah dibahagian puting payudara
  • Pengelupasan kulit pada puting atau payudara anda
  • Benjolan atau bengkak di bawah lengan

 

Cara melakukan pemeriksaan payudara

Pemeriksaan payudara secara berkala adalah penting untuk mengesan simptom kanser payudara dengan lebih awal. Kanser payudara yang dapat dikesan dengan lebih awal dapat menyelamatkan nyawa anda.

Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan di rumah secara berkala dengan cara dibawah:

  1. Angkat tangan anda ke atas, ke bawah, ke tepi, dan ke belakang, dan perhatikan jika terdapat perubahan pada bentuk payudara.
  2. Perhatikan jika terdapat pembengkakan pada payudara atau sekiranya anda terasa sakit pada bahagian payudara.
  3. Dalam keadaan berbaring, dengan menggunakan tapak tangan, pegang dan rasa payudara anda dengan melakukan urutan seperti dalam gambar di bawah.
  4. Rasakan perubahan pada payudara anda jika terdapat ketulan atau benjolan.
  5. Seterusnya, dalam keadaan duduk, lakukan aktiviti yang sama.

drawing of breast checking

Lebih kerap anda melakukan pemeriksaan payudara, lebih mudah anda mengesan setiap perubahan yang berlaku pada payudara anda. Beri perhatian kepada tanda-tanda kanser payudara yang disenaraikan seperti di atas dan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya terdapat simptom-simptom seperti di atas.

Dapatkan info yang lebih lanjut mengenai kanser payudara di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×