Tips cantik semasa bersanding

pengantin wanita

Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang wanita melainkan meniti hari bersejarah bersama dengan yang tersayang. Hubungan yang dibina kini tersimpul rapi, berharap agar bahagia kekal ke akhir hayat. Jadi, hari yang dinanti perlu dirancang dengan sempurna dari pelamin hingga ke inai dijari.

Namun, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan, bakal pengantin jangan lupa menyiapkan diri sendiri. Bukan hanya majlis, pakaian, dan make up sahaja perlu sempurna, tubuh badan juga perlu dijaga agar anda kelihatan cantik semasa bersanding.

Tidur secukupnya

wanita tidur

Bakal pengantin perlukan tidur yang secukupnya. Tidur yang cukup dapat membantu mengurangkan stress, dan sel badan juga dapat melakukan proses pembaikan dengan optimum. Selain itu, tidur secukupnya dapat mengelakkan bengkak mata, hitam dibawah mata, kulit wajah kusam, membuatkan tona kulit sekata, dan anda juga akan terasa lebih cergas, sihat dan cantik semasa bersanding.

 

Amalkan diet seimbang

foods

Tubuh badan memerlukan protein, vitamin, dan zat besi untuk berfungsi dengan baik. Tubuh badan yang sihat akan membuatkan kulit lebih berseri dan, wajah juga tidak akan mudah ditumbuhi jerawat dan jeragat. Antara makanan yang baik untuk kulit adalah ikan salmon, tembikai, tomato, lobak merah, avokado, limau mandarin, kekacang, telur, dan susu.

Exfoliate head-to-toe

Produk body scrub

Exfoliate bukan hanya pada kulit wajah, tapi juga seluruh badan. Ini membantu menghilangkan kulit mati, dan membuatkan kulit lebih bersih dan licin. Jangan risau, kebanyakan body scrub dipasaran menghidrat kulit, jadi kulit akan kekal lembap.

Antara body scrub yang terbaik dipasaran adalah St.Ives Apricot Exfoliating Body Wash and Scrub, Natural by Watsons Blood Orange Body Scrub, Ginvera Real Spa Apricot Nourishing Shower Scrub, dan Odeon Face and Body Scrub.

Waxing

tiub

Untuk menanggalkan bulu dengan cepan dan melambatkan pertumbuhan bulu, anda boleh menggunakan waxing seperti Wawawax. DIY sahaja dirumah. Jimat dan mudah.

 

Urutan dan spa

woman sleeping

Badan yang stress akan mengakibatkan kulit bermasalah. Jadi, untuk membantu bakal pengantin untuk relaks, anda disarankan untuk melakukan urutan dan spa. Urutan sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah, dan membuatkan anda lebih sihat dan bertenaga dihari bersanding.

 

Pemeriksaan gigi

woman checking teeth

Pada hari persandingan, anda akan banyak tersenyum. Jadi pastikan gigi anda putih bersih dan bebas dari segala masalah. Dapatkan pemeriksaan gigi untuk membuang karang gigi dan sekiranya gigi anda berlubang, dapatkan tampalan gigi. Jangan sampai sakit gigi pulak sewaktu bersanding ya.

 

Exercise

woman exercise

Exercise bukan sahaja menyihatkan badan, malah mampu membantu pembentukan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan kulit. Disamping itu, exercise juga memberikan tenaga yang diperlukan oleh bakal pengantin yang perlu kekal aktif sepanjang hari persandingan.

 

Manicure Pedicure

fingers manicure

Sebelum memakai inai, pastikan anda melakukan manicure dan pedicure untuk mebersihkan kuku jari tangan dan kaki anda. Kuku yang kotor akan mencacatkan penampilan dan inai juga tidak akan kelihatan cantik apabila dipakai pada jari.

Baca sini untuk tips penjagaan kuku agar kuku sentiasa sihat dan tidak mudah rapuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×