Tips pemilihan shampoo yang tepat untuk rambut anda

rambut

Pening kepala tak tahu nak pilih shampoo apa yang terbaik untuk rambut anda? Dah lah tu banyak pulak brand. Shampoo paling mahal tu kira yang paling bagus ke?

 

Pemilihan shampoo tidaklah sukar jika anda mengetahui jenis rambut anda;

  1. Bentuk rambut: Adakah rambut anda lurus, kerinting atau beralun?
  2. Struktur rambut: Adakah struktur rambut anda jenis tebal, atau nipis?
  3. Kulit kepala: Adakah kulit kepala anda jenis berminyak atau kering? adakah anda mempunyai kelemumur?

 

Jenis kulit kepala adalah faktor penting dalam pemilihan shampoo. Jadi anda haruslah memilih shampoo yang sesuai dengan jenis kulit kepala anda.

  1. Kulit kepala kering: Kulit kepala yang kering menyebabkan kegatalan kulit kepala dan juga rambut kering. Pemilihan shampoo yang boleh melembapkan kulit kepala seperti shampoo yang mengandungi minyak kelapa, minyak argan, dan minyak jojoba boleh merawat rambut kering. Selain itu, anda juga boleh memilih shampoo yang mempunyai keratin dan ceramide. Keratin adalah protein yang membantu membina rambut, dan ceramide adalah bahan yang membantu menyeimbangkan kelembapan kulit kepala.
  2. Kulit kepala berminyak: Kelemumur adalah masalah utama rambut berminyak. Kulit kepala berminyak adalah tempat yang baik untuk fungus penyebab kelemumur berkembang dan membiak. Untuk merawat kelemumur, gunakan shampoo anti-kelemumur yang mengandungi ketoconazole, selenium sulfida atau zink. Perhatikan label ‘volumizing, strengthening, atau balancing‘ pada shampoo. Produk ini tidak melembapkan dan lebih berkesan menghilangkan lebihan minyak.

 

Selain itu, pH juga memainkan faktor penting dalam pemilihan shampoo. Kulit kepala mempunyai pH 5.5 manakala batang rambut (hair shaft) mempunyai pH 3.67. Shampoo yang mempunyai pH alkali boleh menyebabkan kerosakan kutikel rambut [1]. Jadi, anda dinasihatkan untuk memilih shampoo yang mempunyai pH menyerupai pH kulit kepala.

 

Masalah utama rambut nipis adalah rambut anda kelihatan leper di kepala. Jadi pilih shampoo yang dapat menambah volume pada rambut agar rambut nampak tebal seperti Dove Nutritive Solutions Volume Nourishment atau Volume arabica coffee fruit Herbal Essence yang boleh didapati di drugstore.

shampoo herbal essence

 

Rambut tebal sememangnya mudah kusut jika tidak dijaga dengan rapi. Jadi, penggunaan shampoo yang melembap dan melicinkan rambut mampu mengelakkan rambut menjadi terlalu kusut. Rambut yang tebal juga menggunakan jumlah shampoo yang lebih banyak berbanding rambut nipis untuk membersihkan kekotoran. Anda boleh mencuba Naked moisture Rosemary and herbs shampoo dari Herbal Essence.

shampoo herbal essence

 

Untuk mereka yang berambut kerinting, bagi mengelakkan rambut kusut dan berpintal sehingga susah untuk disikat, anda disarankan untuk menggunakan syampoo yang mengandungi bahan seperti gliserin dan bebas sulfat. Gliserin membantu mengekalkan kelembapan rambut anda dengan menyerap kelembapan tambahan di udara dan melindungi kutikel rambut dari kerosakan akibat geseran rambut.

 

Rujukan:

  1. Dias, M.F.R.G., de Almeida, A.M., Cecato, P.M.R., Adriano, A.R. and Pichler, J., 2014. The shampoo pH can affect the hair: myth or reality?. International journal of trichology6(3), p.95.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×