Tips penjagaan kuku dan makanan terbaik untuk kesihatan kuku

kuku sihat pada tangan wanita

Penjagaan kecantikan bukan hanya pada wajah tetapi dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, termasuklah kuku yang sering kita abaikan. Kuku yang rapuh dan cepat patah tentunya mencacatkan penampilan. Keadaan diburukkan lagi jika kuku ditumbuhi kulat yang boleh merosakkan struktur kuku.

Cagu atau cengkam kuku yang menyakitkan juga boleh terjadi jika jika kita tidak mengamalkan cara penjagaan kuku yang betul. Oleh itu, penjagaan kesihatan kuku tidak seharusnya dipandang enteng.

 

Hujung kuku yang rapuh dan pecah

Struktur kuku

Imej dari wikipedia

 

Kuku adalah struktur separa keras dihujung jari tangan dan kaki yang berfungsi sebagai pelindung jari dan juga memberikan lebih sensitiviti kepada deri sentuh manusia. Kuku yang sihat adalah licin, berwarna seakan merah jambu hasil dari salur darah yang terdapat dibawah permukaan kuku, dan tidak mudah pecah atau rapuh.

Struktur kuku terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

A. Batang kuku (nail plate) – bahagian kuku yang keras, dan tidak berwarna yang mengandungi sejenis protein yang dipanggil keratin. Keratin bertanggungjawab memberikan kekuatan pada batang kuku.

B. Lunula – bahagian pangkal kuku yang berwarna putih dan melengkung.

C. Akar kuku (root) – bahagian yang memegang kuku agar kuku tetap kukuh dan tidak mudah tercabut.

D. Sinus –  lokasi tempat akar kuku yang juga tempat pertemuan antara akar kuku dengan kulit kita.

E. Matriks – adalah bagian paling penting yang mempunyai pembuluh darah, saraf, dan kelenjar penting. Matriks bertanggung jawab menghasilkan sel pada batang kuku.

F. Bantalan kuku (nail bed) – bahagian kulit yang berada di bawah batang kuku yang terdapat pembuluh darah.

G. Hiponikium – pembahagi antara kuku dengan bantalan kuku. Hiponikium membentuk lapisan pelindung supaya kuku tidak mudah tertanggal.

H. Bahagian bebas (free margin) – bahagian kuku dihujung jari. Bahagian ini adalah bahagian yang akan dipotong apabila kuku memanjang.

 

Perubahan pada kuku

Perubahan pada warna dan rupa bentuk kuku tidak boleh diabaikan. Jika anda mempunyai simptom-simptom dibawah, sila dapatkan rawatan doktor:

  • Perubahan pada warna kuku termasuk garis gelap atau garis putih pada kuku
  • Perubahan bentuk kuku
  • Perubahan ketebalan kuku
  • Kuku berlubang
  • Kuku rapuh
  • Bengkak atau kemerahan di sekitar kuku
  • Sakit di kawasan kuku

 

Makanan terbaik untuk kuku

Kuku memerlukan nutrient supaya kuku menjadi kuat, sihat, dan tidak mudah rapuh. Makanan yang kaya dengan protein, kalsium, biotin, vitamin D perlu ditambah dalam diet seharian untuk mengekalkan kesihatan kuku.

 

egg

Telur juga mengandungi B12, vitamin A dan E, zat besi, dan biotin. Biotin telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan ketebalan kuku dan mengurangkan kerapuhan dan mengelakkan kuku terbelah.

 

susu

Susu kaya dengan vitamin D dan kalsium, kedua-duanya sangat penting untuk menguatkan struktur kuku dan mengelakkan dari kerapuhan.

 

kekacang

Kekacang kaya dengan protein, vitamin B6, biotin zink, zat besi dan vitamin E. Kekurangan protein,biotin zat besi boleh menyebabkan kuku rapuh dan pecah.

 

 

Kalsium, zat besi dan antioksidan juga terdapat dalam sayuran hijau. Bayam juga sangat baik untuk kesihatan kuku kerana bayam mengandungi dengan pelbagai nutrisi termasuklah vitamin A, folate, zat besi, kalsium, dan vitamin E.

 

Bijirin penuh seperti oat, beras mengandungi zink, copper, zat besi, manganese, silikon, dan vitamin B kompleks, semuanya penting untuk pertumbuhan kuku yang sihat.

 

Jangan lakukan ini pada kuku anda

Walaupun anda mengamalkan pemakanan sihat untuk mendapatkan kuku yang cantik, tetapi tabiat-tabiat buruk dibawah akan menyebabkan kecacatan pada kuku anda. Jadi, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini:

  • Mengigit kuku –  Tabiat ini akan merosakkan struktur kuku dan boleh merosakkan kulit disekeliling kuku.
  • Menggunakan cat kuku yang mengandungi formaldehid dan dibutil phtalate – Bahan kimia ini boleh membuatkan kuku rapuh dan mudah pecah. Jadi, elakkan dari menggunakan pengecat kuku yang mengandungi bahan kimia tersebut.
  • Membasuh pinggan mangkuk tidak menggunakan sarung tangan – Kuku yang terdedah kepada kekotoran akan menjadi sarang pembiakan bakteria dan fungus.
  • Memotong kutikel – kutikel adalah diperlukan untuk melindungi batalan kuku. Tabiat memotong kutikel boleh menyebabkan struktur kuku anda terdedah kepada jangkitan bakteria dan fungus.
  • Membiarkan kuku panjang –  kuku panjang menyebabkan bahagian free margin @ hujung kuku mudah patah dan pecah, dan juga menyebabkan pengumpulan kekotoran dibahagian bawah kuku.

 

Rawat kuku bermasalah dengan bahan semulajadi

 

 

Sememangnya tiada rawatan untuk kuku rapuh dan kuku terbelah. Anda perlu mengamalkan pemakanan yang bernutrisi baik untuk kesihatan kuku dan juga minum air secukupnya kerana kekurangan air dalam badan juga menyebabkan kuku menjadi rapuh dah mudah pecah. Jika anda mengelami gejala kesakitan pada kuku seperti cagu dan kulat pada kuku, sebaiknya dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik. Namun terdapat beberapa bahan semulajadi yang boleh merawat jangkitan kulat dikuku, dan cagu secara tradisional.

 

Daun inai adalah bahan semulajadi yang digunakan secara tradisional untuk mewarnakan jari dan rambut. Daun inai juga digunakan secara tradisional untuk merawat jari kuku yang rapuh, dan jangkitan kulat pada kuku. Caranya, hanya tumbuk daun inai dan sapu pada permukaan jari.

 

Melaleuca oil atau lebih dikenali dengan nama tea tree oil adalah minyak semulajadi yang sangat baik untuk merawat jangkitan kulat. Titiskan minyak melaleuca ke atas kapas dan sapu pada permukaan kuku. Lakukan sehari 2 kali sehingga kulat hilang.

 

Cuka epal mengandungi kesan anti-bakteria, boleh digunakan untuk merawat cagu kuku yang menyebabkan kuku tumbuh ke dalam kulit. Cagu yang tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan bakteria. Untuk merawat cagu, bersihkan kaki dengan merendam  kaki ke dalam air garam yang suam selama 10 minit. Lapkan kaki dan potong bahagian kuku yang tumbuh ke dalam isi kulit. Kemudian titiskan cuka epal ke atas kapas dan sapu pada bahagian cagu dan biar kering. Ulang sehari 2 kali sehingga sembuh.

 

Nail spa di rumah

Anda tidak perlu mengeluarkan puluhan ringgit untuk melakukan nailspa. Hanya gunakan bahan-bahan yang ada di dapur untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan. Lakukan seminggu 1 hingga 2 kali.

Take note!  Sebelum anda melakukan nail spa, potong kuku dan bersihkan sebarang kekotoran yang ada dibawah kuku.

Bahan-bahan:

  • Air suam
  • Garam
  • Limau nipis
  • Petroleum jelly

Cara-cara:

  1. Larutkan sesudu garam ke dalam air suam dan rendamkan jari ke dalam air suam selama 10 – 15 minit.
  2. Ambil limau nipis dan gosokkan ke atas jari sehingga kuku bersih.
  3. Basuh tangan dan keringkan dengan kain bersih.
  4. Sapu petroleum jelly pada kuku dan urut perlahan. Urutan ini akan melancarkan perjalanan darah dibawah kuku.

Jangan lupa pakai hand moisturizer selepas selesai spa untuk melembapkan kulit disekeliling kuku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×