Kenapa sesetengah inai menyebabkan alergi pada kulit?

Alergi polyphenylenediamine pada kaki

Kerap kali kita mendengar berita pengguna inai samada inai rambut atau inai jari, mengalami alergi atau alahan pada kulit yang teruk hingga menyebabkan mereka terpaksa dimasukkan ke dalam hospital.

Inai ini boleh menyebabkan kegatalan dan keradangan pada kulit yang membuatkan kulit merah dan mengelembung dipenuhi air. Apabila luka telah reda, ini akan meninggalkan parut pada bahagian badan mereka.

 

Imej dari Dailymail

Bagaimana inai boleh menyebabkan alergi?

Inai daun asli tidak menyebabkan alergi. Inai yang menyebabkan alergi selalunya telah ditambah pewarna tiruan seperti para-phenylenediamine (PPD). PPD adalah bahan kimia yang sering digunakan sebagai agen pewarna dan sering ditambah dalam inai rambut dan inai jari yang menggunakan pewarna tiruan seperti ‘black henna’.

PPD adalah bahan kimia yang tidak berwarna tetapi apabila melalui proses pengoksidaan, warna PPD berubah menjadi merah, kemudiannya coklat, dan akhirnya menjadi kehitaman.

Disebabkan warna kehitaman PPD yang seakan-akan warna hitam rambut, terdapat banyak pewarna rambut tiruan di pasaran yang menggunakan PPD.

 

struktur kimia PPD

Struktur kimia para-phenylenediamine

 

Adalah perlu diketahui bahawa inai daun asli tidak akan menghasilkan warna inai yang kehitaman.  Jadi, untuk mendapatkan warna kehitaman, penjual inai selalunya akan menambahkan PPD ke dalam bancuhan inai.

Selain itu, PPD juga digunakan untuk mendapatkan hasil warna inai yang cepat tanpa perlu menunggu lama, tidak seperti penggunaan inai daun asli yang memerlukan masa sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman untuk mendapatkan warna merah terang.

Tambahan pula harga black henna juga jauh lebih murah berbanding inai daun asli. Disebabkan itu, black henna laris terjual di pasaran.

 

Bagaimana mengenali inai yang mengandungi PPD?

Agak susah untuk mengenali inai yang mengandungi PPD dari rupa, tekstur, dan warnanya tanpa disapu pada kulit. Namun, terdapat beberapa indikasi yang boleh digunakan untuk meneka kandungan inai yang mengandungi PPD. Antaranya ialah:

  1. PPD ditambah dalam bancuhan inai supaya inai cepat menghasilkan warna. Jadi pengguna tidak perlu pakai inai terlalu lama. Jika inai hanya perlu dipakai kurang dari sejam, ada kemungkinan inai tersebut mengandungi PPD.
  2. Inai daun asli tidak akan menghasilkan warna hitam. Inai yang mengandungi PPD akan menghasilkan warna kehitaman setelah 2,3 hari pemakaian.
  3. Inai daun asli akan pudar sekata dan tidak akan menyebabkan kesan pengelupasan pada kulit. Warna inai daun asli akan pudar dan menjadi warna oren. Inai yang mengandungi PPD tidak akan pudar dan boleh menyebabkan kesan pengelupasan pada kulit.
  4. Jika anda merasa kegatalan atau kulit melecet, itu adalah tanda alergi pada PPD. Sekiranya ini terjadi, dapatkan rawatan dengan segera.

 

Untuk mengetahui bagaimana inai boleh mewarnai jari, kulit, dan rambut sila baca disini.

 

Produk Inaidamia adalah produk yang berasaskan inai daun asli yang tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh menyebabkan alergi dan kulit mengelupas. Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada inai daun asli, dan herba madder root, dibancuh menggunakan air limau dan air teh.

Produk Inaidamia juga berdaftar dengan KKM, halal, mesra ibadah, dan boleh digunakan oleh setiap peringkat umur.

 

Rujukan:

  1. Mukkanna, K.S., Stone, N.M. and Ingram, J.R., 2017. Para-phenylenediamine allergy: current perspectives on diagnosis and management.Journal of asthma and allergy10, p.9.
  2. Kind, F., Scherer, K. and Bircher, A.J., 2012. Contact dermatitis to para‐phenylenediamine in hair dye following sensitization to black henna tattoos–an ongoing problem.JDDG: Journal der Deutschen Dermatologischen Gesellschaft10(8), pp.572-577.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×