Mengapakah rambut terasa kasar apabila memakai inai rambut?

 

Daun inai digunakan secara tradisional untuk merawat dan mewarnakan rambut. Inai daun dapat membantu melebatkan rambut dan juga menguatkan akar rambut agar rambut tidak mudah luruh. Selain itu, inai rambut juga mampu membuatkan rambut menjadi lembut.

Jadi, sebab itulah daun inai menjadi pilihan utama para wanita yang ingin merawat rambut dengan menggunakan sumber semulajadi.

 

Inai daun yang telah dikisar menjadi serbuk

 

Inai Rambut keluaran Inaidamia yang telah siap dibancuh

 

Walaupun inai dikatakan mampu melembutkan rambut, tetapi mengapa rambut terasa kasar selepas penggunaan inai?

Untuk menjawab soalan ini, jom kita fahami struktur rambut.

 

Struktur rambut

 

Struktur lapisan rambut terbahagi kepada 3 bahagian:

Kutikel: Lapisan luar rambut yang bersisik seperti sisik ikan yang berfungsi untuk melindungi rambut.

Kortek: Juga dipanggil kulit ari rambut ialah bahagian rambut yang paling tebal. Kortek mengandungi keratin, iaitu sejenis protein yang menjadi tunjang kepada struktur rambut. Warna rambut juga ditentukan pada kortek kerana dibahagian kortek mempunyai pigmen berwarna yang dipanggil melanin.

Medula: Lapisan rambut di bahagian tengah yang lembut dan rapuh yang tidak berwarna.

Adakah inai menyebabkan rambut kasar dan rosak?

Apabila rambut disapu dengan inai, sisik rambut akan terbuka luas untuk memudahkan kemasukan molekul pewarna inai yang dipanggil lawsone ke dalam rambut.

Lawsone akan bergabung dengan keratin, dan menyebabkan rambut berwarna merah keperangan. Jadi, ini menyebabkan rambut terasa kasar.

 

Molekul lawsone akan bergerak masuk ke dalam rambut dan bergabung dengan keratin

 

Sisik pada bahagian kutikel ini akan mengambil masa beberapa hari untuk menguncup semula. Selepas, 2 atau 3 hari pemakaian inai, rambut akan kembali lembut. Jadi jangan panik ya apabila rambut terasa kasar.

Rambut tidak perlu dishampoo setelah memakai inai. Hanya perlu bilas dengan air bersih dan keringkan.

Untuk mengetahui bagaimana inai mewarnakan rambut dan jari, sila baca disini.

Rujukan:

  1. Swift, J.A., 1991. Fine details on the surface of human hair. International journal of cosmetic science13(3), pp.143-159.
  2. Chaudhary, G., Goyal, S. and Poonia, P., 2010. Lawsonia inermis Linnaeus: a phytopharmacological review. Int J Pharm Sci Drug Res2(2), pp.91-8.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×