Khasiat minyak argan dan kegunaan untuk rambut dan kulit

minyak argan dan biji argan

Minyak argan mempunyai banyak khasiat yang sangat baik untuk rambut dan kulit. Minyak argan berasal dari buah pohon argan, atau dalam nama saintifiknya Arginia spinosa yang banyak tumbuh di Morocco, Afrika Utara.

Apabila bijian yang terkandung dalam buah argan dipanggang sebelum dikisar, ini akan menghasilkan minyak argan yang boleh digunakan dalam pelbagai produk dan jugak makanan.

Pokok Argan yang banyak tumbuh di Morocco.

 

Bijian yang tidak dipanggang disimpan untuk penyediaan minyak argan untuk digunakan dalam kosmetik. Sebangak 40 kilogram bijian argan kering diperlukan untuk mendapatkan 1 kilogram minyak argan, jadi tak hairanlah jika harga minyak argan juga agak mahal.

 

Buah argan

 

Minyak argan kaya dengan trigliserida ataupun fatty acid seperti Oleic acid, Linoleic acid, Palmitic acid, Stearic acid, dan Lonilenic acid.

Kajian saintifik yang diterbitkan pada tahun 2018 menunjukkan minyak argan mempunyai kesan anti-oxidant yang boleh melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas ini boleh merosakkan struktur kulit dan rambut, yang mempercepatkan penuaan.

Kajian saintifik yang diterbitkan pada tahun 2015 juga menunjukkan bahawa penggunaan minyak argan setiap hari dapat menambah keanjalan kulit pada wanita berumur.

Ini kerana minyak argan kaya dengan vitamin E yang sangat baik untuk kesihatan kulit, rambut, dan kuku. Sebab itulah, minyak argan banyak digunakan dalam produk kosmetik.

 Khasiat minyak argan

  1. Melembapkan kulit
  2. Berfungsi sebagai hair conditioner apabila digunakan selepas mandi.
  3. Minyak argan juga digunakan sebagai styling agent untuk rambut.
  4. Vitamin E yang tinggi dalam minyak argan berfungsi sebagai anti-penuaan.
  5. Minyak argan juga mampu merawat jerawat.
  6. Apabila disapu pada wajah, minyak argan boleh membantu membuatkan tona kulit sekata.
  7. Menghilangkan kesan terbakar diwajah akibat terdedah kepada cahaya matahari.

 

Cara menggunakan minyak argan

  1. Hair conditioner

Sapukan minyak argan ke atas kulit kepala sehingga ke hujung rambut dan urut kulit kepala perlahan-lahan. Pakai shower cap atau tuala dan balutkan rambut selamat 30 hingga 45 minit. Buka balutan dan cuci rambut seperti biasa.

  1. Menghilangkan jerawat

Campurkan beberapa titis minyak argan dan minyak tea tree dan sapu pada kulit muka.

  1. Exfoliant

Minyak argan boleh digunakan untuk menghilangkan kulit mati. Caranya ada lah dengan mencampurkan sesudu gula dan beberapa titis minyak argan dan gaul sebati. Sapukan ke seluruh muka dan urut muka perlahan-lahan selama 2 minit.

  1. Menghilangkan rekahan di tumit kaki

Sapu beberapa titis minyak argandi tumit kaki dan balut kaki menggunakan stokin. Biar semalaman dan cuci menggunakan sabun keesokan hari.

  1. Eye serum

Minyak argan sangat efektif untuk menghilangkan garis kedutan dan juga lingkaran hitam di kawasan mata. Caranya campurkan beberapa titis minyak argan bersama minyak jojoba dan sapu disekeliling mata.

6. Pelembap wajah

Sapukan beberapa titis minyak ke permukaan kulit dan urut perlahan ke seluruh wajah.

 

 

Produk Inai Rambut Asli Inaidamia dihasilkan menggunakan campuran daun inai asli dan minyak argan untuk rambut yang sihat dan kuat.

Rujukan

  1. Boucetta, K.Q., Charrouf, Z., Aguenaou, H., Derouiche, A. and Bensouda, Y., 2015. The effect of dietary and/or cosmetic argan oil on postmenopausal skin elasticity.Clinical interventions in aging10, p.339.
  2. Bakour, M., Soulo, N., Hammas, N., FATEMI, H.E., Aboulghazi, A., Taroq, A., Abdellaoui, A., Al-Waili, N. and Lyoussi, B., 2018. The antioxidant content and protective effect of argan oil and Syzygium aromaticum essential oil in hydrogen peroxide-induced biochemical and histological changes.International journal of molecular sciences19(2), p.610.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×