Cara pakai inai celup di jari supaya inai lebih merah dan tak comot.

Inai Celup Daun Asli Inaidamia

Sebelum kita bercerita mengenai cara pakai inai celup yang betul, jom kita kenali produk Inai Celup Daun Asli Inaidamia!

Inai Celup Daun Asli keluaran Inaidamia adalah dibuat daripada inai daun asli dan campuran herba madder root. Produk Inai Celup Daun Asli Inaidamia mempunyai 3 jenis saiz untuk dipilih iaitu 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.

Produk Inai Celup Daun Asli Inaidamia adalah produk yang siap dibancuh menggunakan air teh dan air limau, tanpa menggunakan pewarna tiruan.

 

Ramuan Produk Inai Celup Daun Asli Inaidamia

 

Cara pemakaian dan tempoh pemakaian memainkan peranan yang penting dalam menentukan warna inai yang terhasil. Inai harus dibalut dan dibiarkan di jari sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman untuk mendapatkan warna inai yang merah terang.

Namun begitu, bergantung kepada jenis kulit, warna merah inai akan berbeza dari satu individu ke individu yang lain.

 

Cara pakai inai celup

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Inai celup
  2. Selotape
  3. Gunting

 

Cara pemakaian:

Salotape jari anda dibawah paras yang hendak diinaikan. Ini untuk mengelakkan jari anda dari comot dengan inai.

jari yang diselotap sebelum pakai inai

Dengan menggunakan sudu yang telah disediakan, kacau inai celup sampai sebati dan sapu pada jari.

 

Salotape jari yang telah disapu dengan inai. Ternik ini berkesan untuk melambatkan pengeringan inai seterusnya membuatkan inai dijari lebih merah.

 

 

Biarkan inai dijari sekurang-kurangnya 2-3 jam. Bagi pengantin, dinasihatkan untuk membiarkan inai dijari semalaman. Selepas inai di jari kering, buka selotape dan basuh tangan anda.

 

 

Hasil menggunakan inai celup selepas 2 jam.

 

Ataupun anda boleh lihat sendiri video youtube: Cara pakai inai jari inaidamia.

 

 

Cara pakai inai celup yang betul adalah penting untuk mendapatkan inai jari yang merah terang seperti gambar di atas.

Jadi, pastikan anda mengikut step seperti di atas ya. Selamat mencuba!

Baca review pengguna Inaidamia disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×